Social Icons

Pages

Tuesday, May 29, 2012

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! TIGA ARTIS MASUK UMNO TERMASUK AMY SEARCH !!! WAJIB LIHAT !!!


Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal,Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Haram.Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.


Malah Amy pernah dipetik sebagai berkata, ” Tuan Guru Nik Aziz guru aku”.

Namun beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO hari ini.Amy atau nama sebenarnya,Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.tahniah kepada Jamal Abdillah kerana bersama dengan mereka bertiga.juak Pakatan Haram kata Jamal Abdillah 2 kali Masuk UMNO.muahahaha....jamal hanya menemani mereka bertiga lah.

LIHAT KENYATAAN DI BAWAH


Tindakan tiga artis tanah air mengambil keputusan untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan mereka sendiri bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak dan bersedia untuk berdepan dengan cemuhan serta tohmahan.Lagenda rock tanah air,Suhaimi Ibrahim yang dikenali sebagai Amy Search berkata beliau bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.

“UMNO ini diibaratkan seperti sebiji buah kelapa,semakin tua semakin banyak santan,kerana UMNO sahaja yang dapat memberi harapan kepada rakyat dan kita perlu buat keputusan yang betul dan jangan biar negara ini diperintah oleh orang lain.Saya pasti pelbagai tohmahan serta cemuhan dengan tindakan saya ini,saya masuk UMNO bukan kerana dibeli,kerana kerelaan saya sendiri,saya ada maruah dan fikir yang terbaik dan melihat masa depan,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO,Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO,hari ini.

Menurutnya,keinginan untuk bersama UMNO sudah lama di fikirannya selepas arwah bapanya yang meminta dirinya melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO sehingga berjaya membawa kemerdekaan negara.

Sementara itu,Mus May berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja yang bakal diperkatakan berhubung tindakan yang diambilnya.

“Itu hak mereka untuk menuduh apa sahaja, yang penting pada diri saya, apa saya lakukan ini adalah ikhlas dan bukannya disebabkan oleh sesuatu,orang Melayu perlu sedar,orang Melayu maju kerana UMNO.Walaupun ada di kalangan artis yang berlainan pendapat dan fahaman,namun kami tetap sahabat kerana itu adalah individu,bagaimanapaun kita perlu sedar supaya tidak mengambil tindakan yang silap dan akhirnya bukan sahaja merugikan kita tetapi keseluruhannya,” katanya.

Ibnor Riza menyifatkan kemasukkan itu adalah keputusan beliau sendiri kerana sebelum ini tidak pernah bersama-sama dengan mana-mana parti politik dan berharap akan dapat memberi sumbangan terutamanya dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. – MediaUMNO



TAHNIAH KEPADA TIGA ARTIS YANG MASUK UMNO !!!

LEPAS NI JUAK PAKATAN HARAM ASYIK MEROYAN LER !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates