Menurut media pro-kerajaan Menyatakan BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.Tetapi menurut Ambiga,Anwar dan Pakatan Haram Malaysia keseluruhannya,BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat.Alasannya cukup mudah dengan menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan kononnya mencapai 300,000 di seluruh negara.apa yang berlaku sebenarnya adalah bahang BERSIH 3.0 hanya di rasakan hanya dalam jarak tak sampai 1km radius dari Dataran Merdeka.Jauh sedikit dari itu,orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku.Jika ditanya mengenai BERSIH pula,mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis.Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.itu yang saya tanya kepada rakyat malaysia bila cerita berkenaan dengan BERSIH 3.0
ramai juga yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial,maka tidak keterlaluan saya katakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April,hanyalah syok sendiri.pusing angka sampai 300,000 ribu.kalau benar 300,ooo perusuh akan sampai Bank Negara.maksudnya,Perusuh akan berdiri dari Dataran Merdeka sampai Bank Negara.itu baru lah 300.000.pandai nya Pakatan Haram ini menipu rakyat malaysia yer semata-mata nak kata BERSIH3.0 Berjaya.muahahahaha...apa pun saya mengaku saya pun tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya.agaknya berjaya menghuru harakan kl kot ??? opsss...
ramai juga yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial,maka tidak keterlaluan saya katakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April,hanyalah syok sendiri.pusing angka sampai 300,000 ribu.kalau benar 300,ooo perusuh akan sampai Bank Negara.maksudnya,Perusuh akan berdiri dari Dataran Merdeka sampai Bank Negara.itu baru lah 300.000.pandai nya Pakatan Haram ini menipu rakyat malaysia yer semata-mata nak kata BERSIH3.0 Berjaya.muahahahaha...apa pun saya mengaku saya pun tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya.agaknya berjaya menghuru harakan kl kot ??? opsss...
Malah yang lebih teruk sekali,rakan-rakan Anwar Ibrahim,iaitu media-media barat yang dijemputnya juga tidak mampu membantunya menipu untuk menyatakan BERSIH 3.0 yang gagal itu, sebagai berjaya.yang terbaru,Majalah The Economis menulis bahawa ‘bintang’ Anwar semakin pudar setelah peranannya sebagai pencetus keganasan dalam BERSIH 3.0 dipersoal.Majalah itu juga menyatakan bahawa Anwar perlu membuat penjelasan mengenai isyarat tangannya yang diterjemah sebagai arahan untuk merempuh halangan polis.Malah dalam sidang media PKR kemudiannya,Anwar juga dituduh sebagai membahayakan nyawa peserta sekali gus memperjudikan matlamat BERSIH.The Economist juga mempersoalkan apakah seorang yang sanggup mengambil-alih sebuah perhimpunan aman untuk ditukar menjadi perhimpunan ganas wajar diangkat menjadi pemimpin kepada 28 juta rakyat ???
Artikel negatif mengenai Anwar yang disiarkan oleh media barat bolehlah dianggap sebagai luar biasa kerana selama ini majoriti mereka termasuk Jurusalem Post juga sering memuji hatta menobatkannya sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang layak memimpin bukan saja Malaysia,tetapi Asia Tenggara.
Pastinya,kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya.Atas hakikat ini,maka laungan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang tegar menyatakan ia berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka.mereka malu dan sebagai politikus yang ego,takbur dan riak belaka,mereka tidak mampu menerima kekalahan dengan baik.Kerana itu, mereka melaungkan BERSIH 4.0 sekadar untuk menutup malu lepas itu petik angka yang terbaru 1 Juta akan bersama.pulak dah,lepas ini anda lihat pula apa akan jadi.selagi mereka tidak puas hati,selagi itu mereka akan merusuh.kata nak duduk dan bantah pada BERSIH3.0 tapi anda lihat sendiri apa dah jadi kan ???
para pemimpin Pakatan Haram ini sebenarnya langsung tidak kisah merisikokan nyawa dan nasib penyokong mereka sekali lagi dan mungkin berkali-kali lagi selepas ini Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk menutup malu !!! Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan.Sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menikmati hidup senang lenang dan aman tenteram tanpa apa-apa ancaman.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment