Social Icons

Pages

Thursday, May 17, 2012

HOT NEWS !!! AIDIL SAFUAN BATALKAN HASRAT UNTUK CERAIKAN RITA RUDIANI ??? WAJIB BACA !!!


Pemain bola sepak kebangsaan,Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya,pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam.Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita dan peguamnya,Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.

“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar,Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah.Oleh itu,kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu,namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.Terdahulu,Ahmad Nazib memberitahu,terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu.

Permohonan penarikan balik kes tersebut difailkan sehari sebelum prosiding berlangsung atas alasan ingin memulihkan semula rumahtangga mereka selain ingin kembali hidup aman bersama isteri dan anak-anaknya.Dalam prosiding yang sama,pihak plaintif turut memohon defendan agar kembali taat kepadanya

” Saya juga menuntut dia dan anak-anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat dan setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan.

Selain itu,Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak.Beliau memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh.

SEMOGA MEREKA BERDUA KEMBALI BERBAHAGIA HENDAKNYA !!!

AMIN...

No comments:

 
 
Blogger Templates