Lisa Surihani yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’, membayangkan kemungkinan drama bersiri 15 episod 'Di Manakah Juwitaku' merupakan drama terakhir buat dirinya.Pembayang tersebut bolehlah disimpulkan sebagai mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya bersama Yusry Abd Halim.Iyalah,kalau asyik sibuk berlakon,mana pula ada masa nak layan suami dan tugas lain sebagai isteri.
“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih.Saya hormat orang yang buat drama siri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang lama,” ujar Lisa,dalam satu temubual dengan media baru-baru ini,
Bagaimanapun,Lisa menafikan Yusry yang telah menyekat kerjayanya selepas berkahwin.
“Ini bukan atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri juga.Walau bagaimanapun,tengok pada keadaan dan rezeki.Jika sudah tertulis untuk buat,saya akan jalankan tanggungjawab saya,” jelasnya. - MyArtis

1 comment:
elok la berhenti...
jgn sebab awak, suami masuk neraka ....
dah la tak tutup aurat, berlakun bergaul bebas apa hukumnya????
Post a Comment