Social Icons

Pages

Saturday, May 26, 2012

HOT NEWS !!! NAJWA LATIF MENYINDIR WARTAWAN ??? WAJIB BACA !!!


Penyanyi remaja sensasi Youtube,Najwa Latif sebelum ini pernah menjelaskan lagu terbarunya, 'Kosong' tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa terkejut apabila membaca laporan terbaru yang mengatakan single terbarunya itu ditujukan khas buat pihak media.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.

Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata,tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak,sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya kepada mStar.

Sementara itu,kakak kepada Najwa,Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan,saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja,"jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya,Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi.

"Dia tetap fokus pada pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini," kata Syafiqah.

GAMBAR CIUM MULUT PENYOKONG KELANTAN TERSEBAR ???

ANDA NAK LIHAT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

3 comments:

Anonymous said...

Najwa ni antara artis yg cerdik, muda lagi serta menutup aurat...
tapi wartawan melayu memang sifat bodoh, jahat & dengki...

artis cerdik pandai cipta lagu sendiri tapi wartawan melayu sengaja melumpuhkan artis ini dgn adakan isu2 bodoh...

kalu si neelofa yg tak tau apa2 hanya pandai bergaya separuh bogel tunjuk aset besarnya, itu lah yg dipuji2 oleh wartawan melayu bangang ni...

dari segi famili, najwa cerdik hanya dibantu oleh kakak & bijak mendiamkan diri atas isu ibubapa tetapi artis kelate didikan hamPAS tu dgn mak bapak sekali berbangga & gambar tak tutup aurat mak masa muda siap keluar lagi di internet...ini yg bgus dlm mendidik anak & "pelihara keluarga dari api neraka?"....

come on la... dunia akhir zaman betul...

pelik... dunia akhir zaman, remaja muda cerdik tutup aurat TIDAK DISUKAI berbanding artis berbogel bodoh bangang....

Haziq Ismail said...

Jngnla marah neelofa plak bang.. gewe kawe tu

Unknown said...

memang vangang betol lah orang yang sindir najwa macam tu. .jaga tepi kain sendiri sebelum terlondeh,sebelum jaga tepi kain orang. .lagu kosong tu ok ape,lagu tu banyak memberi inspirasi pada saya untuk teruskan hidup walaupun saya ni bagaikan orang yang kecil j d mata orang

#PEMINAT SETIA NO.1 NAJWA LATIF. .KOSONG,KOSONG~~0woo~~

 
 
Blogger Templates