Social Icons

Pages

Wednesday, May 16, 2012

HOT NEWS !!! SAIFUL APEK MINTA PERANG DI HENTI KAN !!! WAJIB BACA !!!


Pelakon dan pelawak negara,Saiful Apek meminta semua pihak menghentikan cerita ‘sensasi perang’ antara dia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo terus disebarkan.Apek yang mengadakan sidang media di Tease Bar & Restaurant Subang Avenue mahukan kemelut antara dia dan Teo mengenai pemergian sahabat baiknya,Allahyarham Bob Kuman tidak lagi dipanjangkan hingga membolehkan akan timbulnya cerita lain.Bagi Apek,dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kerana Teo berani tampil untuk memohon maaf secara terbuka atas ketelanjuran kata-kata produser itu yang pernah disiarkan di dalam sebuah media elektronik sebelum Bob Kuman meninggal dunia.

“Jutaan terima kasih kepada David Teo dan MIG juga krew-krew dalam produksi terbabit kerana memohon maaf secara terbuka. Mengakui kesilapan dirinya dan menghormati adat dan budaya orang Melayu.Jadi saya memohon semua wartawan,blogger dan orang ramai untuk hentikan cerita negatif tentang arwah lagi dan tentang Metrowealth. Bagi saya, meminta maaf adalah yang paling afdal,” kata Apek dalam sidang media.

MyNewsHub Melaporkan Bagi Apek,dia tidak mahu cerita tidak enak tentang ‘perang’ antara dirinya dan Teo dibesar-besarkan lagi.Malah,Apek juga mahu setiap pihak peka dengan setiap tutur kata yang dilontarkan supaya tidak akan timbulnya fitnah lain pula.

“Saya mahu setiap individu bertanggungjawab dengan apa sahaja yang keluar dari mulut kita sendiri, kita hidup di negara yang mengamalkan 1 Malaysia.Jadi,janganlah mudah menggunakan bangsa dan agama.Saya juga berharap selepas ini,janganlah digunakan lagi perkataan ‘meminta’ sebaliknya kita amalkan guna perkataan ‘hadiahkan’. Selepas ini,janganlah disentuh soal-soal yang lebih spesifik seperti nama produksi atau individu-individu yang penting,” katanya.

Dalam perkembangan sama,ketika ditanya tentang tuntutan sebanyak RM200,000 yang diminta dipulangkan kepadanya,Apek tidak mahu isu itu dilebarkan.

“Saya akui ada membuat tuntutan tetapi mengikut cara dan saluran yang betul, tetapi cerita yang terjadi menyebabkan perkara itu menjadi satu fitnah ke atas diri saya.Ini bukan soal duit,sebaliknya hak sebagai artis,titik peluh hasil dari kerja kita yang kita buat.Saya tak mahu nasib artis tak terbela.Kita kena tahu perjanjian yang kita buat dan harga diri sebagai seorang anak seni,” kata Apek.

Ekoran dari itu Apek mencadangkan agar satu biro ditubuhkan supaya menjadi satu platform buat artis-artis yang mempunyai masalah tampil ke hadapan menceritakan masalah mereka dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.Apek berkata biro itu akan diwujudkan sekiranya mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai pihak yang menyokong usaha murninya itu.

“Kita akan tengoklah nanti.Ini baru peringkat permulaan,belum lagi ditubuhkan.Kita tidak ada nama biro itu lagi. Tapi,kita boleh panggil sebagai ‘working title’ iaitu KEMAS,Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni.Saya sudah menyenaraikan beberapa agenda yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Setakat ini ramai yang menyokong usaha saya,” katanya.

Gelombang ‘perang’ antara Saiful Apek dan David Teo heboh diperkatakan sebelum ini selepas pemergian seorang pelawak dan pelakon negara, Bob Kuman.David Teo telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan arwah sehinggakan tercetusnya cerita Bob Kuman sengaja meminta sedekah dari pihaknya kepada umum.Namun,kontroversi itu berakhir apabila Teo tampil memohon maaf secara terbuka kepada umum atas kesalahan pertuturannya.

No comments:

 
 
Blogger Templates