Social Icons

Pages

Saturday, May 26, 2012

KANTOI !!! DEBAT PTPTN @KHAIRYKJ DAN @RAFIZIRAMLI !!! BERAPA BILLION KERAJAAN PR JIMAT DARI HASIL TENDER TERBUKA ??? WAJIB BACA !!!


Masihkah anda ingat lagi berkenaan dengan Debat PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli kelmarin.Isunya berhubung dengan ‘angan-angan’ Rafizi kononnya Pakatan Haram mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak RM 30 biliion dengan menawarkan sistem tender terbuka.Ketepikanlah dulu dari mana Rafizi dapat angka-angka itu semua,sebab kita yakin dengan Rafizi sendiri berada di luar kerajaan,dia hanya cipta angka itu dalam kepala otaknya dan keluarkan semasa sesi debat sedang berlangsung.Maklumlah,siapa pula yang nak menentukan kesahihan kenyataan Rafizi itu betul tak pembaca Badut Rakyat.siaran langsung lah katakan.

Ketepikanlah juga kos pendidikan percuma dan penghapusan ini akan mencapai sebanyak RM 150 billion.saya bukan akauntan bertauliah seperti Rafizi tapi rasanya saya tahu RM 30 billion yang ‘dijimatkan’ oleh Pakatan Haram jauh lebih kurang untuk menampung kos pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN yang dijanjikan Pakatan Haram.Itu baru bercakap satu janji,belum lagi janji-janji lain seperti penghapusan tol,harga minyak yang rendah sampai kiamat dan lain-lain yang saya segan nak sebutkan disini.takut tak masuk akal.muahahaha...opsss...Yang saya nak persoalkan adalah sejauh mana penjimatan dari proses tender terbuka ini benar-benar mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak yang didakwa Rafizi.Kita bermula di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Haram sekarang seperti Kedah,Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor.Berapa sudah dijimatkan dari proses tender terbuka di negeri-negeri tersebut dan apa kelebihannya kepada rakyat jika dibanding dengan pemerintahan BN sebelumnya ???

Rafizi perlu tunjukkan angka-angka ini untuk menyokong ‘fakta’ yang disebutkannya dalam debat tersebut. Kalau tak dapat semasa sesi debat,boleh dibentangkan sekarang.Bukannya cakap banyak tentang benda-benda yang tidak berkaitan dengan cadangan Pakatan Haram untuk memberikan pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.Contohnya,apa kaitan kes NFC serta Tajudin Ramli dengan PTPTN dan pendidikan percuma ??? Begitu juga apa kaitan Datuk Seri Shahrizat dengan pinjaman NFC yang diuruskan suaminya ??? Shahrizat ada nama dalam syarikat itu ker ??? Tender terbuka ini kita tahulah,bukan semata-mata bergantung kepada harga terendah,ada lebih banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira.Kalau harga murah sangat pun tapi kualiti barang atau perkhidmatan yang dibekalkan,serendah harganya juga,rakyat tetap tidak akan berpuas hati.Sedangkan itulah yang penting,perkhidmatan kepada rakyat.

Mungkin kelebihan Rafizi ialah Pakatan Haram mempunyai barisan penyokong yang masuk resmi ‘kakak tua’,mengulang sahaja apa yang disebut pemimpin mereka tanpa guna otak untuk berfikir.memang itupun yang diinginkan Anwar,Hadi dan Kit Siang.Kalau penyokong mereka boleh berfikir,tidaklah masing-masing bertahan sekian lama dalam politik walaupun tak sehebat mana.Apa pun yang penting sekarang ialah masanya untuk Rafizi mendedahkan segala bukti bagi menyokong semua dakwaan air liurnya itu. Bermula dengan penjimatan dari proses tender terbuka di Kelantan, Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.Bukan susah sangat mendapatkan data-data tersebut dari kerajaan negeri yang disebutkan di atas,semudah memetik jari saja.Apatah lagi yang minta Rafizi,budak muda kegemaran Anwar,tak cukup tanganlah kakitangan berkenaan menyiapkannya.Kemudian bentangkan kepada rakyat untuk kita menilai kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat.Kalau itupun Rafizi tak boleh nak kemukakan,apa barang mau cerita RM 30 billion penjimatan wang kerajaan pusat yang dia sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates