Social Icons

Pages

Tuesday, May 29, 2012

KERAJAAN SELANGOR TUNAIKAN JANJI MUNAFIK DALAM KEADAAN TERGESA-GESA DAN TERPAKSA ??? WAJIB BACA !!!


Apa yang anda lihat dan baca diatas itulah yang dijanjikan semasa pilihanraya umum ke 12 yang lepas oleh PKR dan PAS dalam usaha mereka untuk menawan Selangor.Akhirnya usaha mereka berjaya dan mereka dapat membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor.Namun setelah berjaya membentuk kerajaan segala janji-janji manis mereka seperti diatas telah dilupakan.Apa yang kami ingin fokuskan adalah perkara ke tiga dalam segmen janji Sosial dan Kebajikan Rakyat.Janjinya yang berbunyi “MEMBERI BANTUAN RM 50 SEBULAN SEORANG BAGI PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH”.

Empat tahun memerintah mereka telah memungkiri janji tersebut.Setiap kali ditanya mereka akan beri seribu satu alasan.Namun selepas dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam siri debatnya dengan wakil PKR berhubung isu pendidikan percuma yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara,kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim seolah-olah terkena renjatan eletrik,lantas sehari selepas itu mengumumkan pemberian tersebut.

S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Dipetik dari harakahdaily.net

Keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan terpaksa selepas debat malam tersebut telah menyimpang dari apa yang dijanjikan pada tahun 2008. Jelas ianya satu keputusan untuk menutup malu.Dalam janji mereka tahun 2008 mereka berjanji untuk memberi bantuan RM 50 sebulan bagi pendidikan pra sekolah. Ianya membawa maksud seluruh anak Selangor layak yang memasuki tadika layak mendapat RM 50 sebulan tanpa mengira berapa pendapatan keluarga mereka.Namun kini ianya telah berubah kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 1500 sebulan sahaja. Itulah yang kami katakan keputusan tersebut dibuat tergesa-gesa dan terpaksa bagi menutup aib setelah dimalukan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam debatnya dengan wakil PKR.

Begitu juga dengan janji mereka berhubung pemberian air percuma 20 meter padu sebulan. Semasa janji pilihanraya mereka berjanji untuk memberi bantuan air percuma RM 11 sebulan kepada seluruh rakyat Selangor. Apabila mereka dapat membentuk kerajaan janji tersebut juga berubah. Hanya diberi kepada kediaman-kediaman yang mempunyai meter individu sahaja. Bagi kediaman-kediaman yang menggunakan meter pukal (flat) mereka tidak layak menerimanya.Jika mereka benar-benar hendak menunaikan janji mereka, bagi penghuni-penghuni rumah flat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, kerajaan negeri boleh memberi kepada mereka bantuan air percuma RM 11 sebulan dengan memberi bantuan secara tunai secara langsung setahun sekali. Tetapi itu tidak dilakukan. Jelas kelihatan janji yang dilaksanakan hanya sekadar untuk melepaskan batuk di tangga kerana terpaksa. Tetapi dalam masa yang sama ianya juga boleh dijadikan modal politik.

Janji-janji manis yang dijanjikan di Selangor pada tahun 2008 telah memukau rakyat dan mereka berjaya. Setelah berjaya di Selangor mereka mengulangi perkara yang sama dengan janji-janji manis dalam buku jingga pula. Dengan harapan janji dalam buku jingga tersebut akan membolehkan mereka menawan Malaysia sepertimana kejayaan mereka di Selangor. Dalam hal terang-terangan kelihatan mereka cuba untuk membodohkan rakyat.

Rakyat Malaysia perlu bijak menilai janji-janji mereka ini. Sewaktu mereka berjanji di Selangor mereka pun tidak yakin dapat menawan Selangor. Sebab itu mereka berjanji yang indah-indah. Selepas berjaya mereka tahu sukar untuk melaksanakannya atau tidak boleh dilaksanakan. Begitulah juga dengan janji dalam buku jingga. Mereka berjanji bulan dan bintang dengan sesuka hati. Jika ditakdirkan mereka berjaya memerintah negara,maka perkara yang terjadi di Selangor akan berulang terjadi kepada Malaysia. - SD

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates