Social Icons

Pages

Sunday, May 06, 2012

KHALID GAGAP MENIPU RAKYAT !!! KADAR PREMIUM HAMPIR SAMA NILAI TANAH DI NEGERI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!


Jangan terkejut jika pemilik hartanah di Selangor terpaksa membayar premium hampir sama dengan nilai tanah di miliki kerana sistem pembayaran premium dikenakan kerajaan pakatan Haram hari ini,dkatakan jauh lebih tinggi dan membebankan rakyat,terutama mereka yang tidak berkemampuan.Menteri Pertanian,Industri dan Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar berkata,ia ekoran pengenalan sistem premium diperkenalkan kerajaan negeri Pakatan Haram yang ditetapkan mengikut nilai pasaran hartanah sedia ada.

“Kalau mengikut kadar diperkenalkan kerajaan pembangkang sekarang, pemilik hartanah terpaksa membayar premium jauh lebih tinggi kerana ia ditetapkan mengikut nilai harga pasaran. “Misalnya kalau tanah itu bernilai RM290,000 maka pemiliknya terpaksa membayar jumlah yang sama bagi premium berkenaan.Rakyat kena bersyukur dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana ketika BN memerintah Selangor,premium bagi pemilikan hartanah yang dikenakan cukup rendah,” katanya.

Noh memberi contoh bayaran premium yang terpaksa ditanggung oleh pemilik tujuh lot kedai di Batu 12,Tanjung Karang.Katanya,berdasarkan maklumat diterima,dua daripada tujuh kedai berkenaan dimiliki penyokong BN manakala lima yang lain dimiliki penyokong parti pakatan Haram,tetapi bayaran premium yang terpaksa dibayar pekedai terbabit adalah jauh berbeza.

“Dua kedai milik penyokong BN itu dulunya menguruskan pemilikan hartanah ketika BN berkuasa dan hanya menjelaskan RM6,000 bagi bayaran premium.Lima kedai milik penyokong parti pembangkang itu yang cuba menguruskan hak dan pemilikannya pada zaman pemerintahan pembangkang terpaksa membayar premium RM59,000 setiap seorang,” katanya.

ANDA LIHAT APA YANG DI BUAT OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAM DI NEGERI SELANGOR ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

C L J said...

Dan akhirnya golongan yang daif kerana tertekan dalam kesempitan selama 446 tahun tidak akan berupaya untuk terus memiliki tanah. Semuga dijauhkan dari keadaan itu. Kena pilih BN semula dah nampaknya.

 
 
Blogger Templates