Social Icons

Pages

Sunday, May 06, 2012

HOT NEWS !!! PERKAHWINAN FASHA DAN JEJAI TIDAK DAPAT RESTU KELUARGA ??? WAJIB BACA !!!


Pada 27 April lalu,tamatlah sudah kisah percintaan yang penuh kontroversi antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) apabila mereka akhirnya mengikat tali pernikahan di Hotel Crowne Plaza Mutiara.Majlis yang cuma dihadiri rakan media,rakan-rakan artis dan keluarga terdekat itu dilangsungkan dengan sederhana tetapi meriah.

Walaubagaimanapun,melalui petikan dari mStar,tidak sampai seminggu mereka melayari bahtera perkahwinan,Fasha telah pun dilanda gosip yang mengatakan perkahwinannya dengan Jejai,iaitu anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak mendapat restu.

Apabila disoal mengenai isu ini, Fasha cuma menjawab,"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas ketika semsa majlis pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di Sri Pentas baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu,cuma melihat kehadiran bapa Jejai sebagai wakil pihak lelaki,sebaliknya ibu Jejai,Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak kelihatan.Oleh sebab itu,timbul spekulasi yang mengatakan keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan mereka.Selain itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang,Terengganu pada minggu hadapan untuk berbulan madu.

Fasha juga menambah yang dia teruja untuk dapat berlakon semula dalam drama "Seindah Sakura" yang diarahkan oleh Zul Zuhaimy kerana dia senang bekerja dengan pengarah muda tersebut. Malah Zul memahami kehendak pelakon dan senang menerima pendapat para pelakon dalam membuat drama itu lebih baik.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates