Social Icons

Pages

Thursday, May 17, 2012

KISAH BENAR !!! POLEMIK NEGARA ISLAM !!! PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN ??? WAJIB BACA !!!


Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya,isu negara Islam akan timbul semula.Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah Dalam acuan politiknya,DAP akan segera menghentam.Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik,Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.Kini perkelahian mereka masih berterusan yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Haram.

Terkini,Karpal yang sudah menjadi Pengerusi Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS,Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak,impian itu akan menjadi realiti.Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.Bagi DAP,negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Haram atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.Tanpa Anwar,tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal.

Dengan masalah dalaman melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir,ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.Tambahan lagi,Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Haram.Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan haram.

Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.PKR dilihat sebagai parti yang tidak boleh di harap untuk memimpin pakatan Haram kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam,mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan,sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya,akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR,PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.

INSYA ALLAH !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anak Teruna said...

video terbaru bangkang dari longkang..jgn terasa beb...

http://anakterunaboy.blogspot.com/2012/05/video-terbaru-bangkang-dari-longkang.html

 
 
Blogger Templates