Social Icons

Pages

Saturday, June 02, 2012

ISU NFC !!! ADAKAH PEMIMPIN PAKATAN HARAM BERANI MINTA MAAF PADA DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL ??? WAJIB BACA !!!


Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat di tutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin Pakatan Haram perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat di jadikan punching beg.

Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli dan pemimpin Pakatan Haram yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa,akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.

Kini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi.Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal.Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.kepada Datuk Seri Shahrizat,jangan sesekali berundur daripada tindakan menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin Pakatan Haram yang lain.Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates