Social Icons

Pages

Wednesday, June 13, 2012

BONGKAR !!! AKAUN RM3 BILLION !!! ANWAR IBRAHIM TERPAKSA KENCING RAKYAT DEMI MARUAH ???


saya ada melihat satu kenyataan Anwar Ibrahim dan video di portal berkenaan dengan cerita RM3 Billion.wahhh,Anwar Ibrahim pusing sedaya upaya kononnya ini semua bukan salah Anwar.Anwar salahkan beberapa Akhbar kononnya semua ini Akhbar UMNO.apa cerita ni ??? semua akhbar milik UMNO.itu jerlah Anda tahu.sikit-sikit Akhbar UMNO.habis tu,kalau berpihak pada anda,Akhbar tu kiranya benar lah ??? bukan UMNO punya lah.bila pulak UMNO Bayar gaji wartawan untuk sebulan yek ??? tu yang saya pelik bin ajaib ni..Sekali lagi Anwar Ibrahim bersilat lidah A.K.A kencing Rakyat untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh.Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar,tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong Pakatan Haram.ini yang saya maksudkan.sekarang Akhbar pulak.

Bendanya bukanlah susah,jawab YA atau TIDAK,itu sahaja.Jika YA,rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut.Jika TIDAK,kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara,Abdul Murad yang mendedahkannya.Ini tidak,hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau.Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.saya teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll.Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut,tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi.Pun bersilat lidah juga.Mengarut sungguh caranya menjawab.Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya.Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

ADAKAH INI NAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates