Social Icons

Pages

Sunday, June 24, 2012

EKSKLUSIF !!! EZAM MEMBONGKAR KISAH RUMAH ANWAR IBRAHIM YANG BERNILAI RM7 JUTA !!! WAJIB BACA !!!


-“Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya,” kata Ezam Mohd Nor ketika ditemubual secara eksklusif oleh AIDC.

Katanya lagi,“Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

“Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain.Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit”.

Ketika ditanya berapakah jumlah simpanan duit Anwar,Ezam menjawab, “Kalau hartanya RM7 juta pun,dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya,dia ada lebih banyak daripada itu.Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligai berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah”.

Senator Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang,Selangor.Pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,lebih kurang lebih dua tahun ketika bosnya itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.Apabila Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998,beliau dengan setia menjadi pahlawan gagah berani mengetuai demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur, bagi membela bosnya itu.Ezam juga menjadi ‘orang kesayangan’ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika Anwar dipenjarakan. Pada Wan Azizah ketika itu, Ezam adalah ‘orang kanan’ untuk membangunkan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1999 kemudiannya ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2004.

Ketika zaman reformasi namanya cukup terkenal, malah sepanjang karier politik bersama Keadilan sudah berpuluh-puluh kali beliau ditahan di lokap polis dan keluar masuk penjara sebanyak dua kali semata-mata yakin bosnya berada di pihak yang benar.Ezam pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dari tahun 1999 hingga 2005, kemudian Ketua Angkatan Muda PKR dari tahun 2005 hingga 2006.Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR. Ketika itu sudah ada desas desus kenapa beliau letak jawatan, namun beliau berkias,mahu beri laluan kepada pelapis baru.Namun pada Februari 2007,Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.

Ketika itu, ramai yang sudah tertanya-tanya kenapa Ezam bertindak begitu, kenapa perlu beliau meninggalkan PKR dan menyisihkan diri dari arus politik dengan bergiat aktif dalam NGO bernama GERAK.Beberapa bulan selepas PKR menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Ezam sekali lagi membuat kejutan dengan menyertai semula UMNO pada 28 Mei 2008.

“Saya tinggalkan Anwar,saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali. Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar, haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu,” katanya.

Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor,di sebuah hotel,Shah Alam pada 20 April 2010.

AIDC : Sejauhmanakah kebenaran dakwaan yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan dengan Zionis ?

Senator Ezam : Memang tidak ramai yang mengetahui secara khusus hubungan Anwar dengan Zionis. Walaupun ianya sebenarnya telah terjalin lama.Dalam kes yang membabitkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz.Siapa Paul Wolfowitz ? Paul Wolfowitz adalah antara orang paling penting dalam Zionis Movement. Pernah menjadi Menteri Pertahanan, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan arkitek perang di Iraq.Kita kena faham bahawa perang Iraq adalah agenda Zionis. Mereka melancarkan perang terhadap Iraq atas tiga sebab utama.

Pertama, kerana kepentingan minyak. Kedua, kerana sumber air di mana Iraq mempunyai sumber air yang paling utama di tanah Arab yang juga penting untuk Israel.Dan ketiga, kerana Iraq merupakan negara yang mempunyai saintifik foundation, asas insfrastruktur sains yang paling utama di tanah Arab.Sebab itu mereka perlu hapuskan foundation sains ini, sebab itu kalau kita perhalusi, ramai yang mati dibunuh selain daripada kanak-kanak yang tidak berdosa, ianya juga membabitkan ahli-ahli sains Arab yang berpusat di Baghdad, Iraq.Jadi dari sudut itu, jelas menunjukkan bahawa serangan terhadap Iraq, merupakan satu tindakan untuk kepentingan Israel.Apabila Wolfowitz menjadi arkitek serangan yang mempunyai motif untuk keuntungan Israel, untuk melindungi kepentingan Israel, bermakna, Wolfowitz merupakan antara pemimpin Zionis.Dan di sinilah kita melihat bagaimana Anwar terlibat di dalam membantu Zionis. Anwar terlibat di dalam menjadi alat perkakas kepada Zionis

Khabarnya pada tahun 2004, ketika di Munich. Paul Wolfowitz juga ke Munich semata-mata untuk melawat Anwar. Katanya ada perbincangan sulit selama tiga jam. Kenapa Paul Wolfowitz memilih Anwar sebagai kawannya dan Anwar juga memilih Paul Wolfowitz sebagai kawannya? Ya. Memang pertemuan Anwar dengan Wolfowitz itu berlaku di Munich. Dan semasa itu Wolfowitz adalah Menteri Pertahanan AS. Tidak mudah untuk seorang Menteri Pertahanan dan Secretary of Defense United States, untuk meluangkan masanya keluar daripada Washington dan pergi ke Munich semata-mata hanya untuk menziarah seorang sahabat.Dari situ kita harus faham tentang bagaimana pentingnya hubungan antara Wolfowitz dan Anwar, atau bagaimana Wolfowitz melihat Anwar itu penting.Orang seperti Wolfowitz, agen Zionis di peringkat tertinggi, mereka tidak lakukan sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Maknanya,usaha untuk menziarah Anwar, bermesyuarat dengan Anwar, selama memang berjam-jam, berkali-kali. Semuanya itu adalah sebahagian daripada perencanaan beliau sebagai pemimpin Zionis bersama dengan seorang pemimpin Islam ataupun pemimpin daripada sebuah negara Islam,yang bagi mereka, akan menguntungkan mereka.Jadi, pertemuan itu sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Yahudi.

Anda berada di Munich ketika Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar ?

Ya,saya berada di situ pada masa itu walaupun saya tidak dibenarkan bersama mereka dalam pertemuan tersebut.Selepas Anwar sihat, antara pemimpin dunia yang Anwar ziarah ialah Wolfowitz. Malah gambar pertemuan itu, saya rasa seluruh Malaysia dah tahu. Bersamanya adalah Azmin Ali, Setiausaha Sulitnya dulu dan Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbarnya.Satu perkara yang ingin saya tegaskan, kalau saudara lihat, saya tidak pernah dilibatkan dalam apa jua pertemuan, perencanaan dan perancangan yang membabitkan Zionis dan AS ini.Mungkin Anwar sudah dapat membaca dari awal bahawa saya bukan seorang yang mudah untuk diajak berkompromi dalam persoalan yang membabitkan Zionis dan Yahudi. Sebab itu saya tidak pernah dibabitkan.

Bermakna,semasa perjumpaan Anwar dengan Paul Wolfowitz di Pentagon, Anwar hanya membawa Azmin dan Khalid, tetapi bukan saudara. Anwar sudah dapat baca saudara tidak setuju tindakan yang bertuankan Zionis ?

Ya,saudara sedia maklum Anwar adalah seorang ahli politik yang cukup licik. Saya rasa dia dapat baca dan mungkin dia sudah ada checklist untuk pastikan seorang itu benar-benar boleh dipercayai dalam urusan yang membabitkan persoalan prinsip agama dan negara.Dan jelas saya sebagai setiausaha politiknya, saya sebagai Timbalan Pengarah di IKD yang beliau pernah bersama satu ketika dulu, dia tahu saya memang seorang yang cukup serius dan komited dalam soal agama, bangsa dan negara.

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, kenapa Anwar pilih untuk berhijrah dan menetap di AS ?

Ya,jelas bahawa AS merupakan pilihannya kerana dia cukup selesa dengan AS. Mengapa dia selesa dengan AS berbanding dengan negara-negara lain.Juga jelas, bahawa dia punya ramai kawan-kawan di sana. Dan kawan-kawannya bukan kawan–kawan yang calang-calang, kawan yang punya posisi strategik dalam pentadbiran AS.Kita semua sedia maklum, pemimpin-pemimpin AS yang punya posisi strategik kebanyakannya datang daripada kelompok Yahudi atau Zionis.Sebab itu,langkah Anwar untuk berhijrah sementara ke AS bukan satu langkah yang biasa. Ianya merupakan salah satu daripada perencanaannya untuk merancang langkah-langkah yang seterusnya.

Dan untuk sambung semula persahabatan yang hampir terputus. Anwar sudah 7 tahun tidak bersama mereka, dia berada di dalam penjara. Jadi, mereka perlukan lebih banyak masa bersama Anwar untuk berbincang dan memperhalusi agenda dan gerakan.Mungkin juga mereka memerlukan masa untuk benar-benar yakin bahawa Anwar masih seperti dulu, iaitu Anwar yang sanggup bekerja untuk mereka, demi kepentingan mereka.Jadi, saya rasa,cara terbaik untuk mereka adalah menawarkan Anwar sebuah rumah banglo yang selesa, peluang pendidikan yang baik kepada anak-anak Anwar..kesemuanya, beberapa posisi dan jawatan yang ditawarkan mendapat imbuhan yang mahal.Semuanya itu merupakan pakej yang istimewa. Saya rasa tidak ada seorang pemimpin dunia lain khususnya pemimpin Islam yang mendapat pakej istimewa seperti yang diperolehi Anwar setelah dia keluar daripada penjara.

Anwar pernah menjadi pensyarah di John Hopkins University, katanya atas bantuan Paul Wolfowitz. Begitu juga Konsultan Bank Dunia ketika Wolfowitz Presiden Bank Dunia. Seperti ada naungan Zionis ?

Ya, memang semua jawatan, posisi yang dipegang Anwar mempunyai perkaitan. Sama ada yang di US base, professor di John Hopkins, Georgetown University, juga di World Bank.Malah hubungan di World Bank itu sebenarnya sudah bermula sejak Anwar di dalam penjara lagi.Saya sendiri lihat bagaimana Pengerusi World Bank pada masa itu berhubungan secara langsung dengan Azmin Ali dan Wan Azizah.Selepas Anwar keluar penjara, hubungan itu diteruskan dengan lebih kuat lagi

Maksudnya James Wolfenshon ?

Ya. James Wolfenshon. Posisi-posisi di United Kingdom juga. AccountAbility di UK dan beberapa lagi foundation.Kesemuanya bagi saya adalah berkait di antara satu sama lain. Memang kalau kita kaji betul-betul perencanaan dan perancangan gerakan Zionis ini merupakan satu gerakan networking yang luar biasa, hebat.

Adakah Anwar sedar dia diperalatkan oleh Zionis ataupun Anwar sendiri merelakan dirinya diperalatkan ?

Ya,tentunya dia sedar. Dia bukan orang yang tidak cerdik. Dia cukup cerdik, sudah tentu dia sedar.Bagi saya, itu adalah pilihannya. Hanya kerana semata-mata untuk mendapat dokongan dan pengaruh daripada kuasa asing untuk berhadapan dengan kerajaan dalam negara ini apabila dia sudah tidak lagi mendapat tempat dalam pemerintahan negara ini.Jadi, manusia seperti Anwar ini, keseluruhan hidupnya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia sanggup melakukan apa sahaja.Tentunya pihak Zionis suka kepada orang yang sebegini. Seorang yang mereka tahu apa hobinya. Mereka tahu apa cita-citanya dan mereka tahu orang ini sanggup berkompromi apa sahaja. Meletakkan agama, bangsa dan negaranya di belakang hobi, cita-cita dan masalah peribadinya.Jadi, ia merupakan satu pasangan. Satu pakej yang cukup menarik, cukup serasi di antara Anwar dan pihak Zionis.

Wan Azizah dan inner circle PKR tahu Anwar terperangkap dalam jaringan Zionis ini ?

Melalui pengalaman saya,saya sendiri pada mulanya tidak dapat menghidu, sebab Anwar ini seorang pemain politik yang licik.Persoalan-persoalan yang membabitkan Zionis ataupun kewangan, persoalan-persoalan yang membabitkan strategik yang lain, dia tidak akan babitkan ramai orang. Orang yang paling rapat, yang mungkin tahu hampir segala-galanya adalah Azmin Ali.

Azmin ?

Ya.Dan selepas Azmin, mungkin Wan Azizah dan saya rasa tidak ada pemimpin parti lain yang tahu apa sebenarnya berlaku di antara Anwar dan kelompok-kelompok Zionis ini.

Anwar pernah memegang jawatan di AS iaitu di Foundation For the Future. Boleh saudara jelaskan lanjut ?

Foundation For the Future (FFF) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh pemerintahan George Bush. Kita tahu, dasar George Bush adalah untuk menghancurkan Iraq. Dan Wolfowitz adalah arkiteknya.Setelah hancur Iraq pada tahun 2005..2006, mereka wujudkan Foundation For the Future yang telah diumumkan secara rasmi oleh Condolezza Rice sebagai Setiausaha Kementerian Luar, AS pada masa itu..di Bahrain.. kalau tidak silap saya.Yayasan ini mendapat dana khusus daripada kerajaan AS. Objektifnya adalah untuk menjadi kaki tangan, mata-telinga kepada AS di tanah Arab. Maknanya untuk membawa kepentingan AS, kepentingan Zionis di tanah Arab.Dan mereka pilih Anwar Ibrahim untuk mengetuai dan menjadi Pengerusi kepada FFF yang bukan mewakili kepentingan Arab tetapi mewakili kepentingan Zionis dan AS.

Yang kedua tentang hubungan Wolfowitz dalam penubuhan FFF. Ini merupakan the brain chance Wolfowitz dengan Liz Cheney, anak Dick Cheney, Naib Presiden AS pada masa itu.Anwar dipilih saya rasa atas satu sebab iaitu sebab Wolfowitz yang cukup percaya kepada Anwar. Betapa dekatnya hubungan Wolfowitz dan Anwar dalam konteks FFF ini, kita dapat lihat dalam skandal yang membabitkan Shaha Reza, seorang konsultan ataupun kakitangan World Bank.Apabila Wolfowitz menjadi Pengerusi World Bank, dia mencetuskan satu skandal kerana melanggar etika peraturan World Bank dalam memberi imbuhan kepada Shaha Reza.jadi,untuk menyelamatkan Wolfowitz, Shaha Reza harus dikeluarkan daripada World Bank. Maka orang yang melaksanakan tugas ini adalah Anwar Ibrahim.Ada bersama dengan saya ialah surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sendiri yang bertarikh 1 Oktober 2006. Di mana di dalam surat ini yang ditandatangani Anwar Ibrahim ini, dia menulis surat kepada salah seorang pegawai utama World Bank untuk minta supaya Shaha Reza dipinjamkan dari World Bank ke FFF.

Dari sini sangat jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Wolfowitz. Dia sanggup untuk menutup skandal Wolfowitz di World Bank. Menggunakan posisi dia sebagai Pengerusi/Presiden FFF untuk demi kepentingan Wolfowitz.Jadi, Anwar bekerja demi kepentingan Wolfowitz yang bekerja demi kepentingan Israel.Dan ia bukan sekadar membabitkan persoalan dasar, persoalan rasmi, seperti yang saya sebutkan tadi, tetapi dia juga sanggup melakukan perkara-perkara yang bersifat peribadi, untuk menyelamatkan Wolfowitz di World Bank.Jadi, Anwar adalah seorang manusia yang jelas terbukti menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Israel.

Adakah kewujudan surat yang ditandatangani Anwar itu sudah diketahui umum ?

Ya, saya rasa surat ini pernah menjadi lampiran dalam siasatan yang dilakukan terhadap Wolfowitz. Saya rasa, ia sudah diketahui umum tetapi mungkin agak terbatas di negara kita.Tetapi di AS, dalam lingkungan World Bank, ianya bukanlah satu rahsia lagi. Malah di AS sebuah akhbar Washington Post, akhbar yang paling berpengaruh di AS, pernah menyebut tentang kes ini.Ini salinan dari Washington Post, menyebut tentang kes Shaha Reza, disebut tentang surat ini. Surat yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ini.Saya bacakan sebahagian. Di sini ditulis, “A letter dated Oct. 1, 2006, from Anwar Ibrahim, the foundation’s chairman, to Robin Cleveland….”

Ini disebut oleh Washington Post. Jadi, saya rasa, Anwar tidak boleh bersembunyi lagi di balik dakwaan konspirasi, propaganda dan sebagainya. Sebab Washington Post bukan alat propaganda ataupun sebuah akhbar yang diterbitkan di Malaysia. Jadi bukan alat propaganda UMNO.Dia boleh sebut Utusan Malaysia alat propaganda dan sebagainya tetapi ini Washington Post…Anwar mungkin akan menafikan bahawa dia menulis surat ini kerana sebelum ini Anwar pernah mengatakan bahawa FFF ini tidak ada kaitan langsung dengan AS.Ya,saya kenal Anwar, saya lama dengan dia. Saya tahu sangat bahawa dia tidak akan mengaku terhadap kesalahannya. Itu habit dia, itu Anwar. Itu perangai Anwar Ibrahim.Paling penting, dia tidak akan mengaku kesalahannya. Jadi, tentunya dia akan nafikan dan itu memang strategi seorang ahli politik yang licik menggunakan taktik nafi.Tetapi yang saya tampilkan ini bukan kertas kosong, ianya membabitkan bukti jelas. Surat dan juga keratan akhbar, sebuah akhbar yang berpengaruh di AS.

Difahamkan, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggunakan IKD untuk bekerjasama dengan satu konsultan AS iaitu APPC di bawah pimpinan Douglas Paul, katanya juga seorang Zionis untuk menganjurkan Pasifik Dialog. Boleh saudara jelaskan lanjut ?Pasifik Dialog ialah suatu inisiatif yang dimulakan oleh Anwar sendiri yang membabitkan ahli-ahli senat daripada AS. Pada masa itu diketuai oleh Bill (William) Cohen, kawan yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan seorang Yahudi.Cohen pernah menjadi Secretary of Defense, Menteri Pertahanan sebelum Wolfowitz menjawat jawatan itu.

Jadi saudara dapat lihat,orang-orang yang menjadi kawan Anwar ini diletakkan di posisi yang strategik, yang menjadi Menteri Pertahanan AS.Melalui APPC, sebuah badan lobi milik Douglas Paul,y ang dia gunakan untuk menganjurkan Pasifik Dialog itu dengan kerjasama ISIS Malaysia dan IKD.Memang ketika itu kita tidak dapat lihat agenda tersembunyinya. We didn’t see hidden agenda. Bukan saya saja yang tak dapat lihat, malah Tun Dr. Mahathir sendiri Perdana Menteri Malaysia pada masa itu pun tidak nampak. Mereka cukup licik.Sebab itu, persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri. Itulah liciknya mereka ini. Cara mereka bekerja, berselindung di sebalik orang lain dan sebagainya.Tetapi hakikat sebenarnya yang kita nampak lebih jelas sekarang ini, yang penting pada Anwar adalah hubungannya dengan Bill Cohen.Paling penting untuk Anwar adalah menggunakan Pasifik Dialog ini untuk meluaskan pengaruh AS ataupun pengaruh Zionis ke rantau Asia sebab Pasifik Dialog membabitkan pemimpin-pemimpin Asia.Jadi, pada saya ini adalah antara langkah agenda awalnya dalam mendekati kelompok-kelompok tertentu dalam kelompok Zionis di AS itu.

Adakah Anwar ketika itu memikirkan dia akan menjadi Perdana Menteri dan perlu imej yang baik di kaca mata Barat. Sebab itu dia mengadakan Dialog Pasifik. Begitukah maksudnya ?

Ya, masa itu memang seluruh dunia mengatakan dia adalah pengganti Dr. Mahathir. Malah Dr. Mahathir sendiri sudah umumkan dia akan menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri.Memang itu antara persiapan awal dia untuk menjadi Perdana Menteri.Tetapi saya rasa yang jauh lebih daripada itu adalah satu persiapan awal untuk meletakkannya sebagai seorang yang friendly parties kepada kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi di AS.

Anwar mungkin berkata apa masalahnya berkawan dengan kawan-kawan Yahudi yang baik ?

Ya, kita tidak ada masalah untuk mempunyai hubungan dengan Yahudi yang baik.Sebab itu dalam kes APCO baru-baru ini, yang membabitkan beberapa elemen Yahudi. Tetapi yang paling penting, yang kita kena faham, bahawa Anwar sampai hari ini tidak boleh membuktikan bahawa Yahudi-Yahudi di dalam APCO itu merupakan agen Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel.Sampai hari ini dia tidak boleh buktikan. Tetapi, kita boleh membuktikan bahawa Yahudi yang bersama dengan Anwar adalah agen Zionis.Wolfowitz, saya rasa kita tidak perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa dia memang agen Zionis. Dia adalah arkitek kepada perang Iraq. Arkitek pada satu perang yang dilakukan, yang dicipta untuk menjaga kepentingan Israel. Ini perang agenda Zionis dan kepalanya adalah Wolfowitz.

Dan Anwar pula berkawan dengan kepala Zionis yang memerangi Iraq atas kepentingan Israel yang mengorbankan ribuan nyawa orang-orang Islam di tanah Arab, di tanah Iraq khususnya.Jadi, ianya bukan persoalan berhubung dengan orang Yahudi, tetapi persoalan bekerja ataupun menjadi alat atau perkakas untuk kepentingan Zionis dan Israel.jadi, jelas Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Wolfowitz yang menjadi alat dan perkakas ataupun yang bergerak atas kepentingan Israel. Ini isunya.Dan ini kita buktikan. Sebaliknya tuduhan Anwar, dia sendiri tidak dapat buktikan.Saya ingin tegaskan, walaupun kita punya hubungan dengan APCO, tetapi hubungan kita dengan APCO untuk kepentingan kita,untuk kepentingan Malaysia.Kita membayar mereka yuran sebagai lobi yang merupakan satu perkara biasa dalam dunia politik dan ekonomi masa kini khususnya yang membabitkan AS. Tidak ada negara ataupun mana-mana bussinesman yang boleh tembus pasaran AS without US lobby.

Jadi kita engaged dengan APCO,tetapi kita bayar mereka untuk kepentingan siapa? Untuk kepentingan kita. Bukan untuk kepentingan Israel. Bukan untuk kepentingan APCO.Tetapi Anwar Ibrahim bekerja dengan FFF,berkawan dengan Wolfowitz dan beberapa rakan yang lain,bukan untuk kepentingan Malaysia,tetapi untuk kepentingan Israel. Untuk kepentingan Yahudi, untuk kepentingan Zionis.Ini isunya dan ini persoalannya.

Saudara katakan tadi bahawa hubungan Anwar dengan Zionis ini sebenarnya sudah lama. Adakah bermaksud, sejak era reformasi, Al Gore sokong reformasi dan Madeline Albright mengunjungi Wan Azizah ?

Ya, ia suatu hubungan yang lama dan dalam. It is a long and deep relationship. Yang saudara sebut tadi, itu pertemuan-pertemuan yang diketahui umum. Banyak lagi pertemuan lain.Rupert Murdoch khususnya, tidak ramai yang tahu. Tapi saya tahu ianya berlaku, semasa Anwar masih di dalam penjara.Mungkin semasa Anwar di luar penjara semasa dia jadi TPM, dia sudah lakukan pertemuan-pertemuan sulit dengan mereka ini. Tetapi pada masa itu, saya tidak dekat dengannya.Masa Anwar di dalam penjara, saya antara tokoh penting dalam parti dan perjuangan. Saya dapat tahu pertemuan Rupert Murdoch dengan Azmin Ali, Wan Azizah. Pertemuan George Soros dengan Wan Azizah dan Azmin Ali.Dan banyak lagi pertemuan-pertemuan lain yang membabitkan tokoh-tokoh Zionis dan Yahudi yang berlaku. Ini tidak pernah diketahui umum. Malah tidak pernah dinyatakan pun kepada parti.Bezanya,dalam kes APCO.Ianya satu perkara yang transparent, dibawa kepada kabinet. Diputuskan oleh kerajaan secara transparent.Tetapi dalam pertemuan-pertemuan Anwar atau Wan Azizah, Azmin Ali dengan tokoh-tokoh Yahudi ini, kebanyakannya tidak pernah dilaporkan. Bukan sahaja kepada akhbar, tetapi tidak dilaporkan kepada parti itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin parti yang lain tidak tahu. Persoalannya, mengapa ianya menjadi satu rahsia ?

Ini bagi saya, kerana ianya satu hubungan dan pertemuan yang bukan biasa. Yang istimewa dan membabitkan banyak perkara strategik.

Raja Petra Kamarudin pernah menuduh anda menerima duit daripada Soros ketika anda berkunjung ke AS. Adakah cerita ini benar ?

Tentunya tidak benar. Saya sehingga hari ini, semenjak saya lahir sampai ke hari ini, saya tak pernah jumpa George Soros ataupun mana-mana wakil beliau.Betul, saya pernah pergi ke Washington, AS.Betul, seperti yang Raja Petra sebut, saya pergi dengan Anuar Shaari dan dua orang lagi rakyat Malaysia yang Raja Petra tidak sebutkan.Saya nak sebutkan di sini, ianya Azmin Ali dan Adlin. Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit Anwar. Adlin Murtadza Zabri adalah Setiausaha Akhbar kepada Anwar satu ketika dulu.Jadi,kami semua ini setiausaha-setiausaha yang pergi ke AS. Tetapi bukan untuk berjumpa George Soros.Ini hebatnya Raja Petra ni, dia half truth. Selalunya perkara-perkara yang dia sebutkan adalah perkara yang half truth.Saya dan Anuar Shaari betul ke AS. Tapi dia tak ceritakan sepenuhnya. Sepenuhnya bukan saya dengan Anuar Shaari sahaja. Ada lagi Azmin Ali dan Adlin.Dan kami ke AS pada ketika itu adalah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington.

Saya yang mengetuai. Kebetulan saya kenal baik dengan Duta Cambodia di AS, Honourable Roland. Jadi, saya menumpangnya. Dia yang uruskan dan kita berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington. Tapi kita tidak jumpa Soros.Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya.Pertemuan tersebut tidak pernah dinyatakan atau dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat parti. Jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Sama ada, ada duit yang diberikan.Sebab kalau jumpa Soros, orang akan tanya pasal duit, sebab Soros ni banyak duit. Sebelum orang tanya, saya nak beritahu, saya tidak tahu sebab tidak dilaporkan dan Wan Azizah tidak cerita bab duit. Memang dia tak pernah cerita bab duit dengan saya pun. Jadi, mungkin ada duit yang diberikan.

Kalau ikut Raja Petra $10 juta US yang diberikan kepada saya dan Anuar Shaari, tentunya itu tidak betul kerana saya tidak jumpa George Soros.Mungkin $10 juta itu yang diberikan oleh Soros kepada Wan Azizah, Azmin dan Elizabeth Wong.Saya minta penjelasan daripada mereka ataupun pihak-pihak yang berwajib minta penjelasan daripada mereka.Itu hakikatnya dan jelas saya ingin tegaskan bahawa Raja Petra membuat fitnah terhadap saya dan Anuar Shaari.

Saudara sebut tadi Elizabeth Wong, SUARAM ada hubungan dengan George Soros. Adakah Anwar sendiri sebagai Penasihat Umum PKR ataupun orang yang dianggap sebagai figure antarabangsa juga mempunyai hubungan dengan Soros ?

Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar.Dan saya yakin tentunya ia ada hubung kait dengan hubungan Anwar dan Soros.

Anwar selalu disebut mempunyai dua orang godfather Zionis yang terkemuka. Pertama Paul Wolfowitz dan kedua Al Gore. Dan baru-baru ini, Anwar juga pergi ke London untuk bermesyuarat dengan syarikat Al Gore. Kenapa Anwar memilih tokoh-tokoh seperti ini sebagai kawannya ?

Saya rasa,hubungan awal Anwar dengan Al Gore ini berlaku semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Al Gore menjadi Naib Presiden AS. Itu hubungan rasmi.Dan saya rasa, daripada hubungan rasmi itu maka terbentuklah hubungan tidak rasmi. Itu yang lebih penting.Sebab itulah, walaupun kedua-duanya bukan lagi menjawat jawatan rasmi, Al Gore bukan lagi Naib Presiden AS, Anwar Ibrahim bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi hubungan mereka lebih akrab daripada semasa mereka ada jawatan rasmi.Maknanya, hubungan mereka cukup istimewa.Dan kita sedia maklum, Al Gore memang punya kepentingan dengan kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi. Saya rasa, Al Gore banyak memainkan peranan selain daripada Wolfowitz.Saya setuju, Al Gore antara tokoh di AS yang banyak memainkan peranan.Selain itu, kita jangan lupa bahawa Anwar juga terlibat dengan International Crisis Group (ICG) yang didalangi beberapa tokoh Yahudi yang terkenal di dunia.

Kalau dahulu, tokoh-tokoh Zionis ini berkawan dengan Anwar kerana Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selepas dibebaskan, Anwar tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi. Dan sekarang Anwar hanya Ketua Pembangkang kerajaan Malaysia. Kenapa pihak Zionis masih mahu berkawan atau menjalin hubungan dengan Anwar. Apa istimewanya Anwar pada sisi mereka ?

Anwar menampilkan sosok ataupun satu imej yang mereka perlukan. Anwar seperti yang kita sedia maklum, berjaya menampilkan imej seorang Islamik yang moden yang punya hubungan rapat dan luas dengan tokoh-tokoh Islam di rantau ini dan dunia.Itu imej yang dipamerkan. Sekarang kita tahu, bahawa itu hanya imej, Anwar yang sebenarnya bukannya itu. Anwar yang sebenarnya, orang yang sebaliknya.Tetapi dari segi imej, masih ramai lagi yang percaya Anwar ialah seorang yang Islamik.Kelompok Zionis memang perlukan orang sebegini. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi pro mereka. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi boleh bekerja untuk kepentingan mereka. Seorang yang dilihat Islamik, yang mewakili kelompok-kelompok Islam tetapi boleh menjaga kepentingan mereka.Jadi, sebab itulah mereka terus bersama dengan Anwar dan akan cuba mempertahankan dia.

Kita lihat hari ini, semakin ramai kawan-kawan rapat Anwar, seperti saudara meninggalkan Anwar. Termasuk juga Dr Halili Rahmat, Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Hashim dan lain-lain. Timbul satu persoalan, kenapakah mereka yang pernah rapat dan bekerja dengan Anwar ini meninggalkan Anwar ?

Kalau tanya Anwar, kita sudah dibeli. Dia akan kata, saya dapat RM2 juta. Zahrain dapat RM5 juta. Zulkifli Noordin saya tak tahulah dapat berapa juta pula.Tetapi, apabila Dr. Halili yang keluar, saya rasa Anwar sudah habis modal untuk memfitnah atau mendakwa kami dibeli.Sebab Dr. Halili bukan orang yang perlukan duit. Dr. Halili adalah seorang neuro surgeon, seorang pakar bedah dan saraf yang terkemuka di negara ini.Dia pernah sebut pada saya, makan pun tak habis dah, duit konsultasi, fee dan gajinya sebagai pakar neuro sergeon.Keduanya, dia bukan ahli politik. Dia tidak ada cita-cita politik. Dia pada awalnya dulu, hanya mahu membantu Anwar sebagai kawan ataupun doktor peribadi Anwar.

Jadi, apabila Dr. Halili membuat keputusan untuk keluar, tentunya ia bukan berasaskan wang ataupun kepentingan politik. Ianya berasaskan kepada sesuatu prinsip…prinsip kebenaran.

Jadi bagi saya, itulah yang sebenarnya.

Saya tinggalkan Anwar, saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali.Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar. Haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.Jadi, itu prinsipnya saya keluar. Saya percaya, orang seperti Datuk Zahrain, Zulkifli Noordin…orang yang punya prinsip. Zul ini peguam dia. Banyak orang lupa tentang Zainur Zakaria, seorang lagi peguam dia.Kedua-dua peguam Melayu yang punya prinsip, yang legal fraternity orang undang-undang pun tahu siapa Zainur, siapa Zulkifli Noordin. Malah, mereka telah buktikan mereka punya prinsip yang kental. Kedua-dua mereka telah tinggalkan Anwar.Orang macam Dr. Halili, Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi, kesemuanya membuat keputusan meninggalkan Anwar kerana mereka telah tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.Dan kepada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan setelah mereka tahu, jika mereka ada prinsip atau semangat atau nilai Islam dalam diri mereka walaupun sekelumit, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar.Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.

Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu.Jadi nasihat saya kepada mereka, mereka kena ambil tahu. Mereka kena siasat kerana ini membabitkan pemimpin mereka. Ini membabitkan persoalan masa depan hidup mereka dalam dunia ini dan juga di akhirat nanti.Dr. Halili ada mendedahkan bahawa dia adalah kawan baik Anwar sejak dari MCKK lagi dan juga doktor peribadi Anwar. Katanya, dia pernah merawat Anwar pada tahun 1994 kerana sakit belakang. Tapi Anwar dalam ceramah-ceramah mengatakan, dia sakit belakang kerana kes 1998 itu. Sudah ada perbezaan cerita tersebut.Ya, memang banyak perkara yang berlakunya sebenarnya merupakan permainan persepsi. Anwar ialah seorang pemain politik yang cukup licik.

Saya sering menyatakan kepada teman-teman, kalau orang jual aiskrim di eskimo, tiada siapa yang nak beli. Tapi kalau Anwar jual, boleh laku aiskrim tu. Itulah hebatnya Anwar dalam permainan persepsi.80 peratus daripada tindakan dan percakapan Anwar adalah berdasarkan kepada persepsi. Bertitik-tolak tentang persepsi, dan bukannya kebenaran. Hanya 20 peratus sahaja kebenaran.Sebab itulah hari ini kita ditampilkan dengan kebenaran tentang sakit belakang oleh Dr. Halili.Sebelum ini, kita dah tengok youtube, macam mana Anwar di dalam jel dan di luar jel beliau berlakon, arsenik dan sebagainya dan banyak lagi sebenarnya.Bagaimana hari ini dia berkhutbah, besok dia boleh main tenis dengan seorang tauke judi. Hari ini dia baik dengan Sheikh Yusuf Qardhawi, besok dia boleh baik dengan Wolfowitz.Hari ini dia bercakap satu hal Negara Islam dengan Pas, besok dia bercakap tentang negara sekular dengan DAP.

Inilah Anwar Ibrahim. Dari segi logiknya, kita tidak akan jumpa seorang manusia yang baik dengan seorang ulama besar, tapi dalam masa yang sama juga, baik dengan tokoh Zionis nombor satu dunia.Tidak ada orang yang akan baik dengan kedua-dua tokoh ini. Sebab, ianya dalam dua dunia berbeza.Sebab itu bagi saya, Anwar ini dua alam. Dia boleh hidup dalam alam ini dan dia boleh hidup dalam alam yang lagi satu. Inilah Anwar sebenarnya.Manusia seperti ini, kita tidak boleh kita benarkan untuk memimpin negara kita.

Antara Sheikh Yusuf Qardhawi dengan Paul Wolfowitz, Anwar lebih baik dengan siapa ?

Bagi saya, Anwar baik dengan semua. Baik Wolfowitz dengan Qardhawi. Kalau nak kira rapat, dia lebih rapat dengan Dato Nallakarupan.Nallakarupan itu, Anwar bermain tenis dengan dia, semasa Anwar menjadi TPM, setiap hari. Qardhawi dia tak jumpa setiap hari. Wolfowitz pun dia tak jumpa setiap hari. Tetapi dia berjumpa Nallakarupan setiap hari.Nallakarupan pada masa itu adalah tauke judi, Pengarah Magnum Corporation. Tetapi hakikatnya begitulah. Anwar boleh rapat sekali dengan seorang tauke judi.Jadi, kalau kita nak bangkitkan persoalan dia rapat dengan siapa, bagi saya, jelas Anwar tidak ada nilai, tidak ada prinsip dalam persahabatannya. Dia hanya gunakan semua network dan persahabatannya untuk kepentingannya sendiri.

Kalau waktu ini dia perlukan Qardhawi, sepertimana sekarang ini dia perlukan seorang ulamak untuk melindungi dia, dia akan jaja Qardhawi setiap malam.Kalau suatu hari nanti dia perlukan Wolfowitz, atau pernah satu ketika dulu, dia jaja nama Wolfowitz seluruh Malaysia dalam kempen dia.Satu hari dia perlukan orang seperti Nallakarupan untuk bermain ‘tenis’ dengannya tanpa diikuti oleh mana-mana bodyguard, itu hanya Dato’ Nalla saja boleh buat, sebabnya apa, itu kena tanya Dato’ Nalla, jadi, dia akan gunakan Nallakarupan.Jika dia perlukan saya. Mungkin dengan ciri saya, ada keistimewaan saya dan kelebihan saya dalam beberapa perkara lain, dia gunakan saya. Begitu juga dengan sesiapa pun.Anwar adalah seorang pemain politik yang licik, political animal.Betullah kata Datuk Seri Zahrain.He is a political animal.Dia akan sanggup korbankan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya untuk mencapai cita-cita politik. Ini kenyataan yang keluar daripada kawan baik dia sendiri yang bukan sekadar kawan baik tetapi telah membuktikan bagaimana hubungan dia dengan Anwar dan sanggup berkorban untuk Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ketika dibebaskan pada 2004, rezekinya disekat untuk bekerja di Malaysia. Sebab itu beliau berhijrah ke AS. Tetapi sekarang, apabila sudah menjadi Ketua Pembangkang dengan elaun gaji sebagai Wakil Rakyat, Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Tetapi sampai ke hari ini, beliau masih lagi ke luar negara untuk berceramah dengan mendapat honorarium yang banyak. Apa sebenarnya. Adakah tidak cukup lagi dengan gaji sebagai Ahli parlimen dan Ketua Pembangkang. Mengapa masih perlu ke luar negara. Atau adakah ada agenda lain ?

Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya.Segala pergerakan, keputusannya untuk berada sama ada di sini ataupun di negara lain di AS ianya bukan berasaskan kepada persoalan duit, tetapi berasaskan kepada persoalan politik.Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain. Jadi, kalau dia menyebut tentang persoalan rezekinya ditahan di sini, persoalan duit dan sebagainya, itu hanya permainan dia untuk menutup agenda sebenarnya.Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit.Pergerakannya adalah atas agenda politik dan saya yakin ianya atas agenda kepentingan politik Zionis.

Maksudnya Anwar banyak duit. Simpanannya lebih daripada cukup ?

Kalau orang boleh buat rumah RM7 juta, tentunya dia banyak duit. Kalau tidak macam mana dia boleh buat rumah RM7 juta.Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu.Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligia berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah.

1 comment:

Anonymous said...

Sokong BN! Sampai mati lah hidup BN! Anwar goblok ibrahim pergi mampus! Hidup tak mau mati tak mau! Aku harap satu hari nanti ko mati terseksa ngan izin tuhan rasa lah kau azab sial kau di neraka!!!!

 
 
Blogger Templates