Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama untuk barisan pemuda dan wanita.Menurutnya,kelayakan dan kewibawaan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan memastikan kemenangan parti.Bagaimanapun katanya,senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan setakat ini masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
“Senarai setakat ini menunjukkan kuota pemilihan calon pemuda tidak sampai 10 peratus dan begitu juga dengan wanita.Kita telah menjanjikan 30 peratus kuota wanita.Tidak adil mengetepikan anak-anak muda dengan hanya menempatkan calon lama sahaja. Suara anak muda inilah yang akan mewakili semua kaum kerana parti kita didominasi golongan muda berbanding parti lain,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan penutupan Konvensyen Keadilan Perak dengan tema Memacu Keadilan dan Kedaulatan Rakyat di Dewan Chin Woo di sini,kelmarin.Anwar berkata,beliau turut menegaskan pimpinan parti untuk segera mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika dibuat pada Julai ini.
“Kita tidak menolak pilihan raya ini akan diadakan seminggu sebelum Ramadan.Sekiranya ia tidak berlaku,ia suatu bonus kepada kita.Jangan terkejut sekiranya Sabah akan memberi kejutan pada pilihan raya nanti dengan menempelak kekuatan Umno dan BN di negeri itu,” katanya.
Katanya,pimpinan PKR harus mengambil peluang meletakkan calon yang setia kepada perjuangan parti selain mempunyai integriti dan berwibawa dalam kepimpinan. – SH
MACAM DAH TAHU JER TARIKH PILIHARAYA ???
LEPAS TU PUSING KENYATAAN KONONNYA SABAH MENEMPLAK KEKUATAN UMNO DAN BN !!!
SEMUA TU LAKONAN JER BRO !!!
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment