Social Icons

Pages

Monday, June 25, 2012

HOT NEWS !!! BEKAS KETUA PEMUDA PKR TERENGGANU MENGAMUK KAT ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!


Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu,Fakrul Azmin Abu Bakar mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Pengarah Penyiasatan Badan Pencegahan Rasuah Abdul Razak Idris di atas pendedahannya mendakwa disuruh oleh ketua pembangkang itu membuat pengakuan bersumpah (SD).Fakrul Azmin juga turut curiga dengan keikhlasan Anwar bersedia untuk berkerjasama dengan pihak SPRM,sedangkan tiada tindakan yang diambil oleh Ketua Pembangkang itu untuk membersihkan namanya daripada isu tersebut.

“Jika Anwar jujur dengan kenyataan akan beri kerjasama,maka kita meminta Anwar beri penjelasan bagaimana Azmin Ali boleh memiliki aset saham dan wang bernilai berjuta-juta sedangkan gaji Azmin hanya RM2,400 sebulan (pada ketika itu).Jika tidak,akuan kerjasama ini adalah satu lagi agenda putar alam Anwar,” katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama

Sebelum ini,Anwar menggunakan perisai SD Abdul Razak ketika diajukan berkenaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset,saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion sepertimana yang terkandung dalam pengakuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.Namun,apabila Abdul Razak sendiri membuat kenyataan media pada 21 Jun mendakwa beliau disuruh Anwar untuk membuat SD itu, maka ia merupakan satu kesalahan jenayah dari segi undang-undang.

“Orang yang buat SD itu (Abdul Razak) telah menyatakan dia dipaksa..jadi ini adalah satu kesalahan..lebih baik pihak polis siasat perkara ini kerana dalam (membuat) SD mesti dibuat dengan sukarela.Kalaulah ada satu paksaan..ini adalah satu kesalahan yang amat berat,” kata Wee Choo Keong seorang pengamal undang-undang yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Choo Keong juga turut mengesyorkan kepada Abdul Razak agar membuat laporan polis untuk menyiasat lanjut kebenaran tersebut.Abdul Razak dalam kenyataannya mendakwa Anwar telah menyuruhnya membuat SD pada tahun 2003 untuk membersih namanya daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion dan mempunyai hubungan berkepentingan dengan pihak Barat.

“Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan,banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu,Abdul Razak turut mengesyorkan agar SPRM membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan beliau bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.Pada 12 Jun lalu akhbar New Straits Times(NST) dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar gave order” mendedahkan siasatan BPR pada tahun 1999, menemui bukti rasuah dan salah guna kuasa Anwar ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mendapat pengakuan dari seorang saksi, seorang CEO sebuah bank yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu-individu dan syarikat-syarikat tertentu.Namun BPR tidak menawarkan CEO itu sebagai saksi kerana arahan untuk memindahkan dana itu sebahagian besarnya dibuat secara lisan dan tanpa dokumen.

Pada 18 Jun,bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia,Abdul Murad Khalid sendiri tampil memberi kenyataan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dengan pengendalian akaun-akaun induk sejumlah RM3 bilion itu.

“Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.”katanya yang turut mengesah bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. - AIDC

1 comment:

Tun Teja said...

Apakata jika A Murad Khalid sendiri dibayar oleh Anwar siperasuah menyogok A Murad supaya menjadi sebahat dengan peliwat ini?

 
 
Blogger Templates