Social Icons

Pages

Monday, June 25, 2012

HOT NEWS !!! MB KEDAH SAH KAN LULUS 4 LESEN PUSAT HIBURAN DI KEDAH ??? WAJIB BACA !!!


Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan,tatasusila dan sensitiviti kaum.” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini.

Azizan berkata,untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi.Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.Azizan berkata,semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong,Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. – BERNAMA

APA CERITA NI ???

KATA NAK KURANGKAN PUSAT HIBURAN !!!

DAH BERTAMBAH LAGI 4 !!!

MACAM NAK MENGELAK KER JAWAPAN TU ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates