Social Icons

Pages

Tuesday, June 05, 2012

HOT NEWS !!! MISLINA MUSTAFFA DAH LIMA BULAN HIDUP GELANDANGAN ??? WAJIB BACA !!!


Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa,pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.Mislina berkata,sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.

“Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja.Dan saya akan ‘menjelajah’ dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.Menerusi projek Homeless By Choice juga,saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah.Bagaimanapun,ia tidaklah sesukar yang disangka.Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung.Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan,” katanya yang dihubungi mStar Online

Tambah Mislina,pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.Malah,kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah,berkahwin dan berkeluarga.

“Biarlah orang kata saya tidak betul.Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain,bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah,kereta dan sebagainya.Bagi saya itu membebankan.Berbeza dengan hidup saya sekarang ini,rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis,” ujarnya.

Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi,dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.

“Buat masa ini,saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM),Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini.Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa,” tutur pelakon kelahiran Perak ini. - MStar

6 comments:

Anonymous said...

Suko hati ko la Lina ooi...jgn berak Dan Kencing merata sudahlah...

Gelandangan bukan budaya Melayu...

mae said...

gelandangan tp berduit lain ceritala.

mat din said...

mencoba dan teruskan lah mencuba cuba.Dalm apa jua perkara.

Anonymous said...

kalau pakai camtuh senang ler hidup gelandangan muahahahah kalau jadi pelacur pastuh tulis buku Prostitute By Choice huhhuhu

Anonymous said...

Nak buat buku ke..nak cari ilham drama ke apa ke aurat tu tolong la jaga. Mmg awak x kisah apa org nk kata...tp kesian la kt org yg sekali pandang awk, sekali dpt dosa..sbb gelandangan tu sexy by choice...

Anonymous said...

Nih cara hidup hippies la nih...

 
 
Blogger Templates