Social Icons

Pages

Thursday, June 07, 2012

ISU KAPAL SELAM !!! SAH !!! PAKATAN HARAM MENIPU !!! TIADA PERBICARAAN TENTANG SCORPENE DI PERANCIS !!!


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM A.K.A Pakatan Haram telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.Secara ringkasnya,SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia,Altantuya Sharibuu,yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.Menurut kenyataan Pengarah SUARAM,Dr. Kua Kia Soong,“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung,namun jelas lagi terang,Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.Malah,SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.Untuk itu,SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya,untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.Tetapi,jika ada yang telah menyumbang,inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.Ini keranasumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini,pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis,sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.Hakim juga boleh menyoal saksi,orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.Hakikatnya,Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru,apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.Seharusnya,isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.Selain itu,Datuk Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali.Malah,penyebar fitnah tersebut,iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun,SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.Kita berkata demikian,kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan,mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun.Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama.Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.Dengan pilihanraya semakin hampir,scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Datuk Seri Najib.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

MUSLIM MALAY said...

DIANTARA AGEN2 PAKATAN YG BERUSAHA DGN HEBAT UTK MEMBURUKKAN & MENJATUHKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM YG MENTADBIR NEGARA MALAYSIA YG TERCINTA INI IALAH MKINI DOTCON SDN BHD (MALAYSIAKINI) & SUARA INISIATIF SDN BHD (SUARAM)...

SIAPA MEREKA?

INI ADALAH SEBAHAGIAN BUKTI AGEN2 PAKATAN YG DAPAT PEMBIAYAAN SECARA LANSUNG DARI AGENSI KERAJAAN U.S.A.... INI BARU PEMBIAYAAN PERMULAAN YG DITERIMA SECARA LANSUNG & RASMI.. MUNGKIN BANYAK LAGI YG DITERIMA SECARA TAK LANSUNG & TAK RASMI.. TAK CAYA ?? SILA RUJUK SENDIRI LINK KAT BAWAH NI ..

http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia

SAMA2LAH KITA RENUNGKAN DAN NILAIKAN.. BUKANKAH INI SUATU BENTUK PENJAJAHAN SECARA HALUS DGN MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA.. PETUALANG & PENGKHIANAT NEGARA INI WAJIB DI TENTANG & DIPERANGI HABIS-HABISAN..

MUSLIM MALAY said...

Kenyataan Rasmi TLDM..

"..Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan....."

"....Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur...." 26 April 2007

Hafizie said...

Ramai yang tidak mengetahui kepentingan kapal selam dalam peperangan sekarang. Kapal selam telah membuktikan ianya amat bahaya dan sehingga kini tidak boleh dipandang sinis. Negara jiran diselatan ada kapal selam walaupun pada logiknya ia tidak perlu kerana keluasan negaranya adalah sekangkang kera. Tapi kita melalak sana sini.

Anonymous said...

terbukti pakatan haram menipu rakyat malaysia.aku rasa depa nak kapal selam ni kot.lim guan eng pun dah naik.siap boleh selam pulak tu.bodohnya puak pakatan haram kena kencing dgn pemimpin depa.kah kah kah

 
 
Blogger Templates