Sebenarnya,isu air yang membelenggu seluruh rakyat Selangor tidak lagi boleh dilewat-lewatkan kerana kesannya bukan hanya melibatkan pengguna,malah sektor industri juga bakal gagal dibangunkan.Sebut tentang industri,ini bermakna ada pelaburan baru yang akan dibuat oleh pelabur atas kapasiti segala kemudahan disediakan,terutamanya bekalan air.Dengan pelaburan,ini bermakna wujudnya peluang pekerjaan.Ini lah usaha kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Selangor,seperti mana yang tercatat dalam statistik MIDA,yang cuba dirampas kredit usaha berkenaan oleh kerajaan negeri.Bukan sahaja gagal meraih pelaburan,kini kerajaan negeri cuba menghalang pula pelaburan masuk.Hebat sungguh pentadbiran Khalid Ibrahim A.K.A Gagap ni.
Kenyataan Khalid yang mengatakan bekalan air di Selangor cukup berdasarkan jumlah air di empangan-empangan di Selangor sangat mendukacitakan.saya tidak pasti,adakah Khalid jahil tentang isu sebenar atau cuba mengelirukan rakyat ??? apa yang sedang berlegar di kepala Menteri Besar Selangor,sampai tidak mampu untuk menterjemahkan “sifir mudah” ke atas isu air di Selangor.Desakan pembinaan Loji Langat 2 adalah atas dasar,Selangor memerlukan satu lagi loji rawatan air bersih.Loji ini berfungsi untuk merawat dan memproses air mentah kepada air bersih yang digunakan untuk isi rumah dan industri.
Ambil contoh mudah,sekiranya keperluan guna air bersih (selepas diproses dan dirawat) adalah 3 juta liter sehari (JLH) dan loji-loji yang sedia ada hanya mampu memproses sebanyak 2 juta liter sehari (JLH),apalah makna sekiranya empangan-empangan di Selangor mampu menampung 10 juta JLH sebagai “reserve” ???
Isunya disini ialah jumlah air bersih yang mampu diproses,bukan jumlah air di empangan !!!
Mengikut maklumat yang diterima oleh Selangor Daily,air mentah di empangan sekitar Selangor hanya boleh bertahan selama 3 bulan sekiranya digunakan terus menerus.Oleh sebab itu,kerajaan terdahulu menjadikan air sungai sebagai punca utama air mentah, dan empangan bertindak sebagai “reserve” sahaja.Oleh yang demikian, kenyataan Khalid bahawa air di empangan-empangan yang sebenarnya merujuk kepada air mentah sangat merendahkan kebolehan rakyat Selangor untuk berfikir.
Adakah Khalid bersedia minum dan mandi air empangan ??? Sama-sama kita renung dan tafsir akan tahap kebolehan Menteri Besar Selangor ini berfikir.
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment