Social Icons

Pages

Monday, June 04, 2012

HOT NEWS !!! ULAMA KELANTAN BELASAH NIK AZIZ ??? WAJIB BACA !!!


MURSYIDUL Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya diakui sebagai seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam Pas.Malahan kerana pengaruh itulah Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar Kelantan dan membolehkan parti itu terus memerintah negeri tersebut sejak 1990.Sememangnya kerana pengaruh Nik Abdul Aziz juga membolehkan populariti beliau dikatakan mengatasi Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana ulama dalam Pas.Setiap pandangan beliau dalam soal perjalanan politik parti itu sentiasa menjadi perhatian.Di Kelantan,suatu ketika tidak ada ulama yang dilihat mempunyai kemampuan atau keberanian untuk menyanggah Nik Abdul Aziz.Namun sejak 2010 segala-galanya sudah berubah,di gerai-gerai kopi di Kelantan telah ada sosek-sosek yang memperkatakan mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat semakin kontroversi dari semasa ke semasa.

Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya empat tokoh ulama di Kelantan yang secara terbuka berani menyanggah kata-kata dan tindakan Nik Abdul Aziz sehingga ia mula menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di negeri itu mengenai tindak-tanduk Menteri Besar mereka yang dilihat bertentangan dengan seruan Islam.Keempat-empat ulama itu ialah Pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa‘amah,bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas,Prof. Mohd Noor Deris,Mudir Pondok Pak Krau,Mohamad Zainal Abidin Awang dan terbaru,Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar.

Turut menarik perhatian umat Islam ialah ketegasan Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang sentiasa tegas memberi pandangan berhubung isu politik melibatkan umat Islam.Ini belum lagi mengambil kira badan pemikir,Minda Pondok yang turut mempunyai keberanian menentang corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz.Untuk rekod,kebangkitan golongan ulama menentang tindak-tanduk Nik Abdul Aziz di Kelantan boleh dikatakan bermula pada 26 Disember 2010 apabila Abdullah Sa‘amah membuat seruan supaya sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri itu tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.Penentangan itu bukanlah bermotif politik tetapi kerana mereka semakin resah melihat corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz yang dilihat sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik bersama-sama dengan sekutunya,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Namun apa yang lebih menjadi perhatian kepada semua ulama berkenaan ialah bagaimana tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat lebih banyak membuat kenyataan berlandaskan pertimbangan politik berbanding agama.

Oleh itu,mereka memberi teguran dan kritikan kepada Nik Abdul Aziz supaya pemimpin kanan Pas tersebut tidak terus hanyut dibuai keasyikkan memburu kuasa politik sehingga membuat kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.Berikut antara beberapa isu dan hujah yang pernah melibatkan Nik Abdul Aziz dengan ulama-ulama tersebut.

Soal perpaduan umat Islam

- Ketika Nik Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama dengan UMNO,Abdullah dan Mohd. Noor dengan lantang mengkritik tindakan itu. Mereka hairan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang lebih rela untuk berbaik-baik dengan PKR dan DAP tetapi tidak mahu berusaha menyatukan umat Islam di negara ini.Abdullah menegaskan,mengikut hukum Islam,menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah SAW mewajibkan umat Islam bersatu padu.

Mohd. Noor pula mempersoalkan pendirian Pas yang suatu ketika pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam tetapi kini mereka sendiri melakukan perikatan dengan DAP.Mohamad Zainal Abidin pula menegaskan,‘‘Kita kena betulkan persepsi Pas bukan Islam, Islam bukan Pas.Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun."

Mohd.Zin pula bertanya,‘‘Datuk Nik Abdul Aziz pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar?''.

Isu perhimpunan Bersih 3.0 - Nik Abdul Aziz menyokong penuh perhimpunan berkenaan biar pun ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan. Malahan Mursyidul Am Pas itu turut mengakui memberi wang poket kepada peserta dan bersedia berbuat demikian jika ia diadakan lagi.Tindakan Nik Abdul Aziz itu bertentangan dengan pandangan Abdullah yang menyifatkan tindakan pemimpin Pas dalam isu Bersih 3.0 menunjukkan mereka semakin hilang punca akibat kerakusan mengejar kuasa politik sehingga sanggup mempertikaikan keputusan majlis fatwa mengharamkan rusuhan jalanan.

Mohamad Shukri pula menasihatkan umat Islam supaya tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak yang akhirnya menyebabkan mereka didominasi.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyatakan siapa yang tidak mengundi Pas adalah Arab Jahiliah.Kenyataan yang dibuat ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang ini telah disifatkan oleh Mohd.Noor dan Abdullah sebagai kenyataan yang cetek dan tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenar.Mohd.Noor berkata,kenyataan Nik Abdul Aziz itu jelas menyeleweng dan menimbulkan kekeliruan dan boleh memecah belahkan umat Islam.Abdullah pula berkata,Nik Abdul Aziz tidak faham istilah ‘jahiliah’ yang jelas merujuk kepada kaum Arab kafir ketika zaman Rasulullah SAW.

Sokong Pas masuk syurga - kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan bahawa parti itu dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya turut dibidas oleh ulama-ulama itu.

Mohd. Zin kesal kerana dirinya pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan ‘syurga dan neraka’ untuk meraih sokongan rakyat.Abdullah pula menegaskan,sebuah parti politik seperti Pas tidak dapat menentukan sama ada seorang itu akan masuk syurga atau neraka.

‘‘Sistem parti itu sendiri tidak ada dalam Islam,bagaimana pula dia mahu tentukan undi Pas masuk syurga, tidak undi Pas jahiliah,’’ kata Abdullah.

Sebenarnya banyak lagi isu yang mencetuskan kontroversi dan kekeliruan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz.Namun begitu beliau perlu menyedari bahawa dengan hadirnya ulama-ulama seperti Abdullah, Mohd. Noor,Mohamad Zainal Abidin,Mohd Zin serta Mohamad Shukri ia sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada umat Islam untuk menilai sikap sebenar Menteri Besar Kelantan dan Pas.Walaupun mereka ini terpaksa menerima pelbagai kecaman terutama daripada penyokong tegar Pas yang sudah ditutup pemikiran mereka untuk membuat pertimbangan, namun ulama-ulama ini tetap tabah melaksanakan kewajipan mereka.Ini jelas apabila Abdullah yang dianggap pencetus kepada kebangkitan golongan ulama di Kelantan menyanggah Nik Abdul Aziz telah diperlekehkan oleh Pas.Namun bagi Abdullah,beliau tidak sedikit pun merasa gentar dengan segala cemuhan kerana menganggap sudah menjadi kewajipan untuk sama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

‘‘Saya tidak mempunyai kepentingan selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik.Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang,’’ tegas Abdullah.

Demikianlah ketegasan Abdullah dan sentimen yang sama sudah pasti dikongsi bersama oleh ulama-ulama lain kerana mereka ‘bersimpati’ dengan Nik Abdul Aziz - seorang ulama yang terjebak dalam mainan politik kekuasaan.

Oleh Zulkiflee Bakar

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

dari info tersebut sahlah nik aziz dah kafir

hangkedee said...

Jauhi diri kita dari perasaan Riak dan Takabur.

Anonymous said...

Prof. Nasoha berkata, "Kalau politik tu gaya hidup, politik Nabi saw ialah, gaya hidup Nabi saw ialah mengajak manusia kepada Allah. Sedangkan parti politik yang diteraju oleh Nik Aziz mengajak orang kepada Pas sehingga mereka mengatakan masuk Pas Islam dan pangkah Pas syurga maknanya gaya hidup politik Nik Aziz ialah mengajak manusia kepada pertubuhan dia dan itu berbeza dengan gaya hidup Nabi saw mengajak manusia kepada Allah. Gaya hidup Nabi saw itulah Quran bukan gaya hidup politik seperti Nik Aziz. Nik Aziz itu gaya hidup syaitan, mengajak manusia kepada lain daripada Allah, gaya hidup dajjal, gaya hidup iblis disamakan pulak dengan gaya hidup iblis dikatanya itu Quran. Quran itu gaya hidup Nabi saw, gaya hidup Nabi saw itu mengajak manusia kepada Allah, jumpa orang bukan Islam ajak ucap kalimah, yang bukan Islam ingat tentang kalimah dan ajak Pas tentang Allah bukan pangkah Pas. Ajak pangkah Pas masuk syurganya ajak kepada parti ini gaya hidup iblis bukan Quran."

Fikir-fikirkanlah.....

Anonymous said...

Harap pas dapat meraikan perbezaan pandangan ini..

Anonymous said...

DOA POLITIK NIZAR:

“Selamatkan negara kita, selamatkan akidah kita, selamatkan negara dan masyrakat kita…perhimpunan di Kedah tanda kejatuhan PAS di semua peringkat bersama-sama dengan rakan-rakan kita Pakatan Rakyat”

AAAAMMMIIIINNN............

Anonymous said...

Bukan nak tentang membabi buta
Tapi pok nik dah banyak buat nyanya
Macam islam ni PAS yang punya
Semua orang buat serba ta kena.

Konon nak jadi pejuang agama
Sesama seagama dibenci semua
islam lain semua dihina,
konon dialah yang amat sempurna!
Konon nak tegak negara islam
Untuk melayu india dan cina
Baru saja membuka kalam
Digertak singh dh nak hilang nyawa!

Anonymous said...

Nampak sangatlah yg awak ni kurang mbaca,bangga dgn ayat awk bkn main panjang lebar dan berulang ulang,ayat yg langsung tak trsentuh utk saya berfikir malah saya mbaca ayat yg sombong dan kebudak budakan, semua orng pun tahu nabi berjuang untuk islam memperkenalkan islam kepada yg jahil,saya mrasa nik aziz berjuang untk mngekalkan islam,jgn kerana awk yg kurang mbaca atau mnyiasat betul,sehingga membebel mcm orng yg tak berakal mnuduh ug bukan2

Nasihat said...

Kalau yang komen ni semua orang islam. Fikir lah betul betul.. Apa pun yang kita buat, semua akan dibalas dengan balasan setimpal, Fikir baik-baik, Komenlah dengan etika ISLAM. Tak ada apa yang kita buat, melainkan untuk ISLAM.

 
 
Blogger Templates