Social Icons

Pages

Saturday, July 21, 2012

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR MASUK PARTI AKAN DAPAT MASUK SYURGA ??? WAJIB BACA !!!


BEBERAPA artis dan bekas pegawai kanan kerajaan yang masuk Pas bukan sahaja mendapat liputan meluas dalam Harakah dan blog,malah diarak dan dijaja ke sana ke mari untuk berceramah.Ada yang jadi ustaz segera.Mereka diraikan sebagai orang yang ingin mencari kebenaran agama.Di negara ini,sesiapa mahu masuk parti apa pun tidak jadi hal kerana ini negara demokrasi.Sebagaimana warganegara lain,artis juga mempunyai hak.Dalam kalangan artis,lebih ramai yang masuk Umno seperti Afdlin Shauki,Amy Search,Awie,Mus May,Harun Salim Bachik,Ibnor Riza,Zed Zaidi dan Erma Fatima.Antara penyokong kuat Umno ialah Datuk Siti Nurhaliza.Manakala Datuk Jins Shamsuddin bukan sahaja ahli Umno yang setia tetapi juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir dan bekas Timbalan Menteri Penerangan,Datuk Fauzi Abdul Rahman adalah antara pemimpin yang bertindak keluar Umno.Ini juga tidak memberi sebarang impak dalam hati rakyat.

Saya teringat kes seorang bekas Menteri Kabinet pada zaman Tunku Abdul Rahman yang menjadi renggang hubungan keduanya kerana beberapa kali bertindak di luar pengetahuan Kabinet.Selepas tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau mula memburuk-burukkan parti dan kerajaan termasuk mendakwa Perikatan sebagai patung imperialis.Nasihat Tunku kepada ahli Umno ketika itu : “Kita semua mesti berjaga-jaga dan mengawasi orang seperti ini kerana dalam tiap-tiap satu zaman, dalam tiap-tiap satu pemerintahan itu,sentiasalah terdapat pengkhianat seperti ini.” (25 Ogos 1963).Pengalaman dan nasihat Tunku masih relevan sampai ke hari ini.Namun,dalam sejarah Umno,belum ada tokoh kanan yang masuk Pas.Tapi kalangan pemimpin Pas,begitu ramai tokoh kanannya masuk Umno,termasuk Ahli Dewan Ulama Datuk Ghazali Ahmad,Prof Datuk Dr Mohd Noor Deris,Setiausaha Agung Datuk Nakhaie Ahmad dan Presiden Pas sendiri,Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.Tan Sri Sanusi Junid pernah bercerita :Pada suatu pagi Khamis 1962,Dewan Ulama Pas berbincang di rumah Menteri Besar Kelantan sama ada kerjasama Umno dengan MCA dan MIC sah di sisi Islam.Antara yang hadir termasuk Setiausahanya,Tok Guru Haji Mat Nor Teliar,penolongnya Tok Guru Haji Mat Nor Selising dan Tok Guru Haji Umar Daud.

Asri bertanya kepada Mat Nor : “Boleh tak Umno bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC?” Mat Nor bertanya balik : “Apakah kerjasama itu untuk keamanan?” Maka pemimpin Pas menjawab : “Umno nak jual bangsa,nak jual agama,bukan kerana keamanan.” Dengan itu,Dewan Ulama Pas pun berfatwa,ahli Umno kafir.Majlis Raja-Raja Melayu mengharamkan fatwa itu tetapi kesan pengkafiran itu telah menular walaupun Umno dan Perikatan memenangi Pilihan Raya Umum 1965.Setelah Peristiwa 13 Mei,Presiden Umno,Tun Abdul Razak menjemput Asri berunding mengenai keanggotaan Pas dalam Barisan Nasional (BN).Asri sekali lagi berjumpa ketiga-tiga tok guru itu tapi gagal memujuk mereka dan Dewan Ulama supaya menerima Pas masuk BN. Sebaliknya, ketiga-tiga tok guru minta jumpa sendiri dengan Tun Razak.Ketika Asri duduk di luar Seri Perdana,seorang tok guru itu bertanya: “Tun, bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC ni buat gapo?” Tun Razak menjawab : “Kalau tak bekerjasama dengan MCA dan MIC, kita akan huru-hara dalam negara ini.” Tok Guru menyampuk : “Oh, jadi kerjasama ni untuk keamanan. Adakah dengan kerjasama dengan Cina dan India, orang Islam akan rugi?” Jawab Tun Razak: “Orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Melayu. Kita buat jalan luar bandar, kita buat rancangan Felda, kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam.”

Justeru,mereka beritahu Tun Razak : “Tun, kami akan bawa balik ke Kelantan dan kami akan beri fatwa bahawa Pas boleh masuk BN. Kami bertiga akan keluar Pas setelah Pas masuk BN.” Tun Razak mengeluh: “Tak sempurnalah Pas masuk Barisan kalau tok guru semua keluar Pas.” Jawab mereka: “Kami keluar Pas sebab nak masuk Umno.”

Moralnya : Walau terpelajar setinggi mana pun seseorang itu dalam bidang agama, namun ada yang dia tidak tahu. Maka, fatwa pengkafiran dibuat pada 1962. Tiga ulama telah mengkafirkan Umno kerana diberi maklumat tidak betul. Tapi akhirnya, dengan kehendak ALLAH, mereka semuanya masuk Umno.Umar menjadi guru agama Kemas manakala Mat Nor Teliar dan Mat Nor Selising pernah jadi penasihat Umno.Sebelum masuk ke satu-satu parti, ambillah pedoman daripada kisah ini,selain pengalaman Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hassan Ali,bekas Ketua Penerangan Pas Selangor,Ustaz Hassan Basri dan Sasterawan Negara,Datuk Shahnon Ahmad.Ingatlah,Pas hanya sebuah parti politik,bukan jalan mudah untuk masuk syurga.

Oleh Dr Mashitah Ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Mudahnya nak buat provokasi kat Malaysia ni. Print satu banner pas tu gantung jap dan ambik gambar..pling! pastu masuk kat internet...tapi taktik murah macam ni dah agak tak laku sebab orang Melayu hari ni dah cerdik..

 
 
Blogger Templates