Social Icons

Pages

Saturday, July 21, 2012

HOT NEWS !!! SYABAS MEMBELASAH KHALID GAGAP BERKENAAN DENGAN ISU AIR !!!


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi.

“Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali,” kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya V. Subramaniam pada sidang media khas.

Terdahulu,Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya,yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur “keraguan”.Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan,yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

“Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi,” katanya.

Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah,adalah tidak tepat dan mengelirukan.

“Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui Sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.

“Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah,kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan,turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal,tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini,” tambahnya.

Pada masa yang sama,Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif,telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air.

SIAPA YANG SALAH SEKARANG ???

KHALID GAGAP ATAU SYABAS ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Xpela la khalid,ko sorang jela minum air mentah, rakyat selangor nk minum air terawat, tahniah syabas sebab tibai si khalid ni atas keegoaan n bodoh sombongnya dlm mnyelesaikan isu air,serta kegagalan dlm projek langat 2 tu, pada khalid, hmmm,buat penat aku sokong PR ms 2008, PRU akan dtg ko ngan kerajaan gagal ko akan tumbang...aku janji

Anonymous said...

bye-bye flinstone

 
 
Blogger Templates