Social Icons

Pages

Saturday, July 21, 2012

HOT VIDEO !!! PAS DAN DAP TIDAK PERNAH BERSETONGKOL ??? MEH SAYA JAWAB !!!



anda lihat video penuh di atas dulu,terang-terang nasarudin tantawi kata PAS dan DAP tidak bersetongkol cuma bekerjasama.kerana ia adalah tahaluf siasi.Tetapi,nasarudin tantawi mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.meh saya jawab isu ini.saya faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya.Dengan menggunakan perkataan ‘bekerjasama’ dan bukan ‘bersetongkol’,maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.lepas itu anda lihat lihat kembali video diatas.kata parti islam,kenapa arahnya ke politik ??? lain macam jer.kalau anda nak tahu,Perkataan-perkataan seperti bersetongkol,berkomplot,berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi ‘niat’ di mana ‘setongkol’ merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan ‘kerjasama’ pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.Oleh itu,kedua-dua perkataan membawa pengertian yang sama iaitu ‘berpakat,berganding-bahu,bertoleransi dan saling bantu-membantu untuk mencapai matlamat masing-masing’.Dalam konteks politik PAS dan DAP dan seperti yang diakui oleh Nasrudin,adalah jelas bahawa matlamat masing-masing hanyalah untuk menang pilihanraya.Pastinya kerana PAS dan DAP ingin mencatur semula politik Malaysia mengikut acuan mereka.Maka di sinilah terletaknya masalah dalam penjelasan atau ‘tafsiran’ Nasrudin mengenai hubungan PAS-DAP.Iaitu,walaupun matlamat kedua-dua parti adalah sama tetapi acuan mereka amat bertentangan.Malah Nasrudin sendiri enggan atau tidak sanggup mengaku yang PAS berkongsi agenda yang sama atau ‘bersekongkol’ dengan DAP.

acuan DAP adalah Malaysian Malaysia di mana ia menjulang kesamarataan total (ala DAP).Ini bermakna,semua agama adalah sama dan Islam tidak harus menjadi agama rasmi sekali gus persoalan mengenai undang-undang Islam,cara hidup Islam,hudud dan sebagainya adalah tidak relevan sama sekali.Selain itu,DAP juga diketahui mengambil sikap memperlekeh dan menentang Institusi Raja-raja Melayu.Bagaimanapun,atas dasar kerjasama seperti yang diakui Nasrudin,kedua-dua parti ini tetap saling bantu membantu untuk memenangkan masing-masing dalam pilihanraya walaupun matlamat mereka bertentangan.

Ini bermakna,PAS membantu DAP menang,DAP membantu PAS menang,kemenangan PAS adalah kemenangan DAP dan mengundi PAS adalah sama ertinya dengan mengundi DAP.Dalam ertikata lain,PAS bertanggungjawab membantu DAP membentuk negara ini mengikut acuan DAP.ada kemungkinan DAP tidak mampu membentuk negara ini mengikut acuannya dan sebaliknya PAS yang berjaya memaksa acuan mereka ke atas DAP.Tetapi,ini hanyalah satu kemungkinan kecil.Jika dilihat dari segi kebarangkalian matematik,jumlah PAS mengalah kepada DAP dalam isu-isu di mana mereka bertelagah pendapat adalah jauh lebih besar dari jumlah DAP mengalah kepada PAS.

Antaranya,hudud, Negara Islam, isu judi,arak,rumah urut dan murtad,keputusannya ialah DAP-5,PAS-0,.Di kala PAS sanggup menggadaikan Negara Islam,DAP pula sanggup ‘berjihad’ dan mati menentangnya.Hakikatnya,DAP tidak pernah mengalah atau berundur walau se-inci pun dalam ‘semangat’ kerjasamanya dengan PAS.Justeru itu,adalah hampir mustahil yang DAP akan akur kepada agenda PAS andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.Kesimpulannya,‘kerjasama’ atau ‘persetongkolan’ atau ‘pakatan’ atau apa saja perkataan yang digunakan oleh Nasrudin untuk menjelaskan hubungan PAS-DAP,hanya akan menguntungkan DAP.Dengan itu,Nasrudin harus sedar,bahawa PAS tidak akan berjaya menghapuskan imej parti itu sebagai balaci,barua dan anjing suruhan DAP hanya dengan menggunakan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud perlaksanaan yang sama,dalam menerangkan hubungan mereka.minta maaf terkasar.puasa pulak hari ini.apa pun ini lah sebenarnya yang berlaku

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates