Social Icons

Pages

Monday, July 16, 2012

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM KEMBALI CERAMAH UNTUK MEMBELA DIRI KERANA RAYUAN SAIFUL BUKHARI !!!


Pusingan kedua pencacaian Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam kes liwat sudah kian ketara.Anwar menerusi blognya mengatakan rayuan berkenaan menunjukkan undang-undang di Malaysia tidak adil.Katanya lagi,rayuan tersebut adalah zalim dan proses mahkamah yang telah diamalkan oleh Malaysia semenjak sekian lama,amat zalim.

Puncanya mudah…

Yang terlibat dalam kes itu adalah dia. Dia yang tertekan. Dia yang gagal mencari kaedah pembelaan diri sebaik-baiknya untuk mengeluarkan cop liwat daripada dirinya. Sebaliknya peluang perundangan tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Anwar bahkan menggunakan kaedah berpolitik bagi membersihkan namanya dengan menjadikan alasan kononnya kes berkenaan adalah kes politik.Air mani,DNA dan sebagainya bukannya kes politik. Itu adalah elemen dalam kes jenayah. Seharusnya Anwar Ibrahim membersihkan dirinya dengan keluar daripada kepompong politik dan tidak terus menjadikan pentas politik sebagai medan buatnya membela diri. Anwar Ibrahim perlu membela diri secara tulen dengan memberikan keterangan di mahkamah.


Namun mengenali Anwar Ibrahim, semuanya itu adalah mustahil. Apatah lagi dalam kes liwat yang menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan kerana ‘sebab-sebab misteri dan janggal’, Anwar sebenarnya tidak mempunyai sebarang usaha menampilkan bukti-bukti yang lebih kemas untuk mempertahankan diri.Pusingan kedua telah pun berlangsung. Agak perlahan sedikit kali ini kalau dibandingkan pada pusingan pertama dahulu untuk para pekerja propaganda Anwar Ibrahim menjalankan tugas. Barangkali mereka menunggu perbicaraan di Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memulakan usaha untuk mengutuk semua sistem dan semua orang di negara ini kecuali Anwar Ibrahim.

Perhatikan sahaja gerak-geri Anwar Ibrahim. Anwar sudah dapat berasa bahangnya apabila mula bercerita tentang emosi dan sentimental. Anwar sudah mula berasa hangat punggung apabila cuba menarik simpati dengan cerita dia akan menyambung kerjaya sebagai pensyarah serta bersara terus dari dunia politik.Walaupun Anwar Ibrahim sangat sedar yang rakyat Malaysia tidaklah sebodoh mana untuk menelan kata-katanya begitu sahaja, sebagai orang yang akidahnya adalah BOHONG, Anwar meneruskan juga pembohongannya demi meraih simpati daripada para pengikut dan rakyat Malaysia.

Secara logik, atas kapasiti apa Anwar Ibrahim hendak mengajar atau meneruskan kerjaya selaku pensyarah? Anwar sendiri adalah bekas pelajar yang keciciran dan kelulusannya tidak melayakkannya untuk bergelar pengajar atau pensyarah. Anwar juga tidak mempunyai latar belakang sebagai ahli perniagaan walaupun dia kerapkali dipaparkan sebagai ahli ekonomi. Apatah lagi kelulusan mata pelajaran ekonominya amat menyedihkan.Apa yang menjadi kepakaran Anwar Ibrahim adalah pembohongan. Anwar hidup dengan pembohongan dan pembohongan menjadi salah satu daripada rukun hidupnya. Kalau tidak berbohong walau sehari pun, Anwar Ibrahim barangkali sesak nafas.Atas apa-apa sahaja alasannya, Anwar Ibrahim akan terus berbohong semahu-mahunya. Daripada perkara sekecil-kecilnya sehinggalah kepada soal keselamatan negara,Anwar Ibrahim kekal berbohong dan menipu.

Anehnya,setiap pembohongan Anwar Ibrahim dipercayai dengan sesungguh-sungguh hati oleh para pengikutnya. Anwar berjaya menjadikan pembohongannya sebagai satu ketetapan yang perlu diterima dan dihadami oleh para pengikutnya.Justeru perbicaraan di Mahkamah Rayuan untuk kes liwat kedua, pastinya akan menggalakkan lagi Anwar Ibrahim untuk menipu dan mengalihkan perhatian para pengikutnya daripada perkara sebenar. Anwar pastinya tidak mahu para pengikutnya termakan dengan fakta-fakta dengan menimbulkan persepsi-persepsi yang sudah tentu akan berpihak kepadanya.Bahkan lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim akan mula bergerak dan berceramah di seluruh negara, membela dirinya di pentas ceramah dan apabila di mahkamah, dia akan mencari-cari kaedah teknikal untuk menang seperti yang dilakukannya pada perbicaraan liwat sebelum ini Dan Anwar Ibrahim sudah pun memulakan gimik pembelaan diri di pentas ceramah dengan kejadian di Langkawi - Selangor Daily

1 comment:

Unknown said...

Ada org nak percaya lagi ke si Anwar ni?

SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates