Social Icons

Pages

Tuesday, July 10, 2012

HOT NEWS !!! DEBAT LGE DAN CSL : SAH !!! LIM GUAN HANYA POLITIKUS JALANAN !!!


Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan,saya biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea,cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat.Bagi saya,debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat,tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian.saya akui bahawa debat antara Presiden MCA,Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng agak menarik juga.Menarik di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13.Oleh itu,isu yang menambat hati mereka,pastilah menjadi isu penting untuk semua.Selama ini,pakatan haram giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat.Seolah-olah selama ini,UMNO,MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman,makmur dan maju secara semulajadi.Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.

Dan sudah tentu sekali,hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut. Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut,apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina,sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India.Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu,menjadikannya kelakar.MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing,telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.Dengan ikatan kerjasama ini,masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti,menghormati,bertolak ansur,malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.

Berlainan dengan DAP,walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga.Malah,DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.Suatu ketika dulu,DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu.Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina,kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.Tetapi,apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung.Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan.Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.

Cakap-cakap kedai kopi,malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti.Guan Eng begitu beremosi dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.Menurut satu komen,Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.Dalam semua isu,Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.Malah,Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’.Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.

Kesimpulannya,DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja.Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah. Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur.Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap,Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik,bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral,kredibiliti dan segala-galanya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates