Social Icons

Pages

Monday, July 09, 2012

HOT NEWS !!! SAH !!! DAP MENGUASAI HALATUJU PAKATAN HARAM !!!


Ramai pemerhati politik mendakwa DAP adalah parti paling dominan dan berkuasa besar menentukan halatuju pakatan haram pembangkang sebagaimana terbukti dalam pelbagai isu panas sebelum ini.Kenyataan tersebut bagaimanapun menyebabkan ramai penyokong PAS dan PKR yang panas punggung dan menuduhnya sebagai propaganda UMNO untuk memecahkan kesepakatan pembangkang.Tapi bak kata pepatah,bangkai gajah masakan mampu di tutup dengan nyiru,akhirnya kebenaran terbongkar apabila maklumat terbaru pembahagian kerusi parlimen dikalangan parti pembangkang mengesahkan DAP kini secara rasmi sah dilantik sebagai abang besar.

Menurut sumber dalaman tersebut,DAP bakal dipertanggungjawabkan untuk bertanding di 89 kerusi parlimen (kawasan majoriti Cina dan Campuran),peningkatan mendadak 42 kerusi berbanding hanya 47 kawasan saja yang dikhaskan untuk mereka dalam PRU 12 tahun 2008 dulu.PKR yang sebelum ini bernafsu besar bertanding di 97 kawasan semasa PRU 2008 akhirnya terpaksa pasrah dengan kekuasaan DAP dan hanya diperuntukkan 66 kawasan sahaja untuk ditandingi dalam PRU ke 13 melibatkan kerusi majoriti Melayu Islam dan Campuran.Manakala PAS hanya diizinkan bertanding di 67 kerusi parlimen sahaja yang kesemuanya kawasan majoriti Melayu Islam.

Rekod PRU 12 menunjukkan,DAP menang selesa di 28 kerusi kemudian bertambah satu kerusi parlimen hasil kemenangan dalam pilihanraya kecil Sibu menjadikannya memiliki 29.Manakala PKR menang di 31 kawasan termasuk 1 kerusi yang ditandingi Presiden PSM di atas tiket PKR (Sungai Siput).Jumlah tersebut kemudian berkurangan kepada 25 kerusi (termasuk Sungai Siput) setelah 5 wakilnya keluar parti menjadi BEBAS diikuti dengan kehilangan satu lagi kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil.Manakala PAS pula hanya menang di 23 kerusi daripada 66 kerusi yang ditandingi.

Jumlah tersebut bertambah kepada 24 berikutan kejayaannya merampas parlimen Kuala Terengganu kemudian berkurangan semula menjadi 23 kerusi selepas Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS isytihar diri sebagai wakil BEBAS.Ringkasnya, rekod PRU 2008 membuktikan prestasi DAP jauh lebih baik dari parti pembangkang yang lain, natijahnya sepertimana kita lihat hari ini DAP berjaya meletakkan dirinya sebagai pemandu arah, sedangkan PAS hanya kekal sebagai balaci manakala PKR menjadi pendukung kuat kepada DAP.Andaikata kuota pembahagian kerusi ini dikekalkan seperti yang telah diputuskan sekarang,bermakna sekiranya PRU 13 nanti berpihak pada pakatan haramjadah kita akan menyaksikan jumlah kerusi yang mungkin dimenangi DAP tetap lebih banyak dari PAS mahupun PKR.

Ditambah dengan sokongan dari wakil PKR yang Bukan Melayu, maknanya yang akan jadi PM kelak bukannya Anwar Ibrahim,sebaliknya wakil dari DAP.Meskipun jika Anwar dilantik sebagai PM atas alasan untuk jaga perasaan orang Melayu Islam, pastinya situasi kepimpinan boneka seperti yang pernah berlaku di Perak sebelum ini akan berulang Dan sekiranya pakatan pembangkang terus gagal menggapai angan-angan menawan Putrajaya pula, situasi penguasaan DAP dalam menentukan halatuju pakatan pembangkang juga akan berterusan.Pendek kata dalam apa saja situasi, acapkali DAP akan sentiasa berada tiga empat langkah di depan berbanding rakan-rakannya yang lain dalam menentukan halatuju pakatan pembangkang agar sentiasa terjaga kepentingannya. - MYKMU

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates