Social Icons

Pages

Friday, July 27, 2012

KANTOI !!! SIVARASA DAN XAVIER MENINDAS PEKERJA ESTET DAN KAUM SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!



Kisah ini keluar di portal Free Malaysia Today tempoh hari.Ikutkan susah mahu percaya kisah dari portal berita pembangkang.Namun kisah ini agak menarik kerana bukan saja ianya diperbesarkan oleh portal Malaysia Today,ianya pendedahan portal anti-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain itu,sudah ada blog pro-kerajaan pula mengetengahkan dari perspektif pembabitan mereka-mereka yang kononnya penggiat hak asasi manusia dari sebuah kumpulan yang mengaku NGO tetapi sebenarnya sebuah syarikat perniagaan bernama Suasana Alternatif Sdn Bhd, iaitu SUARAM.


Laporan dan tulisan FMT mendedahkan penggiat SUARAM, peguam dan wakil rakyat PKR serta Naib Presiden parti, Sivarasa pernah mewakili sekumpulan pekerja peladang pada awal tahun 2000an untuk mendapatkan rumah yang dijanjikan oleh tuanpunya ladang.

Ladang yang dimaksudkan adalah Ladang Bukit Raja yang dipunyai syarikat ladang gergasi Sime Darby.Butiran isu sebenar tidak berapa jelas tetapi dilaporkan bahawa pada tahun 1988, 144 keluarga menuntut pampasan daripada ladang yang telah dirancang untuk pembangunan hartanah.



Setelah sekian lama,74 dari keluarga ini mendapat pampasan berupa tanah seluas 15 ekar.Menurut bekas pekerja-pekerja ladang tersebut,anugerah pampasan itu adalah hasil usaha Presiden MIC ketika itu,Dato Seri Samy Velu.




Si Hindraf rasis India bebal yang tidak tahu cerita sebenar menyalahkan UMNO.Baca sini.Apa kata mereka apabila membaca kisah ini?

Kesemua keluarga ini dijanjikan Sime Darby akan diberi sebuah rumah seluas 20 kaki x 70 kaki yang mana mereka perlu membayar hanya RM80,000 saja berbanding nilai sekrang yang mungkin tiga kali ganda.Pekerja ladang ini juga mengharapkan juga dibina sebuah taman permainan, kuil Hindu dan dewan orang ramai. .

Sebaik saja Pakatan mengambilalih,exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar pula memandai kenyataan bahawa 7 ekar dari tanah tersebut akan diperuntukan untuk membangunkan rumah teres dan 8 ekar pula akan diambilalih oleh kerajaan negeri untuk membina asrama bagi sekolah Tamil yang akan diberi namanya.Bekas pekerja-pekerja ladang dari 74 keluarga tersebut membantah keras.

Pada Januari tahun 2012 pula,Xavier membuka secara rasmi upacara memecah tanah untuk rumah-rumah teres ini dan ketika itu,dia kata pula kesemua tanah 15 ekar tersebut adalah untuk bekas pekerja-pekerja tersebut.Menyedari ada sesuatu tidak kena, antara pekerja-pekerja ini telah pergi ke pejabat tanah dan mendapati hanya 7 ekar saja diguna untuk membina rumah mereka, manakala lebihan 8 ekar akan digunakan untuk membina lebih 60 buah rumah semi D.Bekas pekerja-pekerja ladang ini pergi bertemu Xavier dan Sivarasa yang kini sudah menjadi peguam sebelah sana dan adalah dalam panel MBPJ.Jauh dari pandangan orang ramai,exco kerajaan negeri dan bekas peguam mereka tiba-tiba berubah dan kata tidak disebut lansung akan peruntukan kesemua tanah 15 ekar kepada pekerja-pekerja.





Bukan saja Xavier sudah membohongi bekas pekerja-pekerja ladang ini dikhalayak ramai tetapi peguam mereka yang merupakan pemimpin parti pembangkang yang kini adalah parti pemerintah negeri Selangor telah belot dan khianati amanah sebagai anak guamnya.Sivarasa dan Xavier adalah penggiat SUARAM.Bukankah tindak tanduk mereka adalah satu penindasan terhadap pekerja estet yang sering SUARAM pejuangkan sebagai golongan yang tertindas dan kononnya hak asasi mereka sering dilanggar oleh pihak berkuasa dan pengurusan ladang?

Sebagai peguam,Sivarasa telah melanggar kod etika peguam yang ditentukan oleh Majlis Peguam atau Bar Council. Adakah Bar Council akan ambil tindakan? Memandangkan mereka kini begitu politikal dan meyokong Pakatan, adakah mereka akan pejamkan mata? Nampaknya aktivis haluan kiri dan pemimpin pembangkang lebih zalim apabila diberi kuasa oleh rakyat.Masihkah rakyat mahu memilih mereka? - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates