Social Icons

Pages

Monday, July 02, 2012

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM GUNA PAK KIYAI DAN GUS DUR UNTUK HALANG @NAJIBRAZAK MENJADI PM HARI INI ??? WAJIB BACA !!!


Politik menghalalkan cara dan licik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru.Depan cakap lain,belakang buat lain sudah menjadi lumrah yang difahami sebilangan besar veteran UMNO.Mengapa Anwar berani berbuat demikian,kerana politik liciknya disulami dengan limpahan wang politik wang bagi meraih sokongan terhadap dirinya.Pak Ghaffar,bekas Timbalan Perdana Menteri,adalah salah seorang mangsa yang menjadi korban politik oleh Anwar Ibrahim,seperti mana yang berlaku pada pemilihan UMNO 1993.Dalam menjelang pemilihan berkenaan,Anwar pernah melafazkan untuk tidak bertanding melawan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Pak Ghaffar.Namun,itu hanyalah politik Anwar,yang akhirnya telah menyingkirkan Pak Ghaffar pada pemilihan tersebut.Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa Wan Azizah telah bertemu dengan Pak Lah bagi tujuan membebaskan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu meringkuk di dalam penjara.Ezam Md Nor ketika itu (kini YB Senator) menjadi “mastermind” yang menjayakan misi ini.Dalam pertemuan tersebut,Wan Azizah menggunakan senjata “airmata” bagi merayu agar Anwar dibebaskan.

Difahamkan,Pak Lah,yang lebih dikenali sebagai “Mr. Nice Guy” telah mengeluarkan arahan untuk membebaskan Anwar Ibrahim serta merta Dan sejak itulah,Anwar Ibrahim telah mengatur langkah terbaru dalam cita-cita politiknya.Ibarat “babi hutan yang terlepas di tengah kota, hampir semua hendak disondolnya”.Serakah dan sikap tidak tahu berterima kasih Anwar terserlah apabila mengarahkan Ezam Md Nor menggunakan jentera parti untuk “menyerang” Pak Lah,orang yang bertanggungjawab membebaskannya. Begitulah Anwar Ibrahim, individu yang mementingkan dirinya,tanpa sekelumit pun rasa bersalah atas apa yang dilakukannya.Rupanya,serangan kepada Pak Lah itu sebenarnya sekadar “dummy”,kerana Anwar berjumpa Pak Lah untuk menceritakan “keadaan sebenar”. Anwar bermain politik.

Sasaran sebenar Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.Anwar telah mengarahkan Ezam untuk bertemu Pak Lah bagi menghalang DS Najib dari dilantik menjadi Perdana Menteri kerana khuatir kredibiliti dan kebolehan anak kepada Tun Razak itu memimpin bakal menghalang cita-cita politiknya.Bukan itu sahaja,Anwar juga berjaya menggunakan watak “sesumpahnya” untuk memperdayakan seorang Pak Kiyai dari Pesantren Sunan Drajat dan Gus Dur yang digunakan untuk mempengaruhi keputusan Pak Lah.Mungkin ramai yang masih ingat,peristiwa lawatan Pak Lah ke satu sekolah pondok (madrasah) di Sijangkang,Selangor,di mana Anwar juga tiba-tiba berada di situ. Kedua-dua pemimpin ini makan tengahari bersama.

Apa yang berlaku bukanlah kebetulan,akan tetapi perancangan rapi Anwar untuk bertemu dengan Pak Lah bagi meyakinkan bahawa Najib Razak bukanlah calon PM yang sesuai.Mungkin sahaja Anwar tidak terlepas dari mempengaruhi Tuan Guru madrasah berkenaan agar membantunya meyakinkan Pak Lah.Namun,kuasa Allah Taala, Anwar gagal dalam misinya dan Najib Razak,melalui penyerahan kuasa, telah dilantik menjadi Perdana Menteri.Hakikatnya,kita mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sangat memandang tinggi keupayaan Najib Razak untuk memimpin.Anwar juga tahu kualiti yang ada pada Najib Razak untuk mengurustadbir negara.Anwar sedar,cita-cita menjadi Perdana Menteri “at all cost” berdepan ranjau berduri buat sekian kalinya.Maka,serangan ke arah Najib sudah mula dihalakan sejak Najib berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.Isu Altantuya menjadi hangat,namun segalanya terbongkar,dari tuduhan Rosmah Mansur berada ditempat kejadian,sehinggalah pengakuan penulis fitnah berkenaan.Allah maha berkuasa.

Kekhuatiran Anwar itu menjadi kenyataan, apabila terbukti,dibawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Najib Razak telah membawa Malaysia ke satu tahap ekonomi yang cukup berdaya saing,sehinggakan memperkenalkan pelbagai insentif dibawah bumbung 1 Malaysia seperti BR1M,SL1M,KR1M dan banyak lagi.Sedang Najib Razak memacu Malaysia ke puncak jaya,Anwar Ibrahim pula mengheret negara ke lembah kehinaan dengan meletakkan untung nasib rakyat Malaysia di tangan Yahudi Zionis Laknatullah dengan perkataan “I support all effort to protect the safety of the state of Israel”. - Selangor Daily

1 comment:

Anonymous said...

Dia boleh jadi Si Jenin...berangan-angan nak mengapai puncak Putrajaya...tapi pastikan Si Jenin berputih mata. Dia bolih jadi Si Kadok...pastikan Si Kadok tidak menang sorak....kalau tidak kampong anak cucu kita tergadai.

 
 
Blogger Templates