Social Icons

Pages

Saturday, July 07, 2012

KISAH BENAR !!! PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MERU,KLANG DI SELANGOR CENDERUNG KEPADA PAKATAN HARAM ???



Isu berkenaan guru-guru yang condong kepada pakatan haram bukanlah satu isu baru.Saban hari,kita mendengar akan laporan-laporan yang menyaksikan bagaimana penjawat awam,yang bekerja untuk kerajaan tetapi menentang si majikannya.Pendapat yang mengatakan bahawa itu adalah hak masing-masing tidak boleh ditolak begitu sahaja,akan tetapi apakah mereka cukup professional untuk tidak membawa agenda politik ke kawasan sekolah,khususnya kepada pelajar-pelajar ??? Atau,apakah mereka sedia bekerjasama dengan “majikannya” demi kepentingan sekolah dan masyarakat ??? Itulah persoalan pokok yang ingin diperbincangkan.

Rakan Blogger Selangor Daily telah beberapa kali menerima laporan dari sumber-sumber tertentu, yang mendakwa Pengetua Sekolah Menengah Meru sangat sukar memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan terutamanya sejak akhir-akhir ini.Terbaru,Selangor Daily dimaklumkan akan persoalan,bagaimana seorang ahli majlis dan bekas calon PAS bertanding pada 1999 diberi tempat untuk berceramah di dalam kawasan sekolah.Sungguhpun ceramah itu berbentuk keibubapaan,atas kapasiti apa seorang ahli majlis MPK dijemput untuk menyampaikannya ??? Apakah beliau memang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan ???

Perasaan terkejut lahir dari beberapa oleh guru dan pihak PIBG yang tidak menyangka akan menerima “tetamu tidak diundang” itu.Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan yang memberitahu Pengetua sekolah berkenaan menafikan bahawa beliau tahu akan perkara itu.Alasannya,beliau berkursus 3 hari di Sabah.Apakah ini bermakna program itu dianjurkan tanpa pengetahuannya ??? atau beliau tidak tahu akan kehadiran “tetamu undangan” yang bakal menyampaikan ceramah ??? Peristiwa ini memungkinkan wujudnya pihak-pihak tertentu yang membawa “tetamu” berkenaan tanpa pengetahuannya.

Kegusaran beberapa orang rakan yang punya anak bersekolah di situ ialah, mereka tidak mahu apa yang sedang galak terjadi di masjid dan surau sekitar Meru,terjadi juga di sekolah berkenaan. Ia merujuk kepada transformasi masjid dan surau yang dijadikan medan politik.Sedang cita-cita kerajaan untuk melahirkan generasi berilmu, ia bakal direncatkan sekiranya wujud anasir politik di sekolah.Sebagai contoh,lihat sahaja kepada PAS,yang menggunakan masjid dan surau untuk cita-cita politik mereka.Apakah mereka tiada keinginan menjadikan sekolah sebagai pusat terbaik pengkaderan mereka ???

Seandainya Pengetua sekolah berkenaan menafikan beliau condong kepada pembangkang, mungkin beliau boleh menjelaskan,bagaimana pula beliau didakwa dilihat berada di program ceramah PAS yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Meru beberapa bulan yang lalu.Apa yang cuba saya sampaikan ialah,institusi pembelajaran seperti sekolah harus dipelihara dari sebarang bentuk fahaman politik kepartian,yang berpotensi mekar sehingga mewujudkan ketegangan seperti yang berlaku di sesetengah surau dan masjid akibat dibiarkan bermaharajalela.Ia bermaharajalela kerana dikuasai oleh pihak-pihak tertentu Dan selalunya,“orang dalam” menjadi watak terpenting dalam usaha membawa masuk sesuatu fahaman untuk menguasai sesuatu tempat.Anggap sahaja kejadian “tetamu undangan” ini sebagai berputiknya cita-cita mereka, dan seandainya tidak ditangani dengan bijak dan segera, dari putik akhirnya mekar.Kepada pihak yang bertanggungjawab,tepuk dada,tanya selera !!!!

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Perosak atau parasit umpama api dalam sekam, pemecah belah ummah umpama dajal akhir zaman.

Anonymous said...

Babi dajal ko nie... Jgn politikkan Sekolah ... Itu Hak pengetua Nak jemput siapa.. Dia Ada pertimbangannya tersendiri... Selangor bawah kerajaan pr la mangkok... Bn pembangkang.. Kena terima hakikat. Bn buat ceramah di Sekolah Dan Jabatan .. Tak pernah pun pendidik bising...

 
 
Blogger Templates