Social Icons

Pages

Saturday, August 11, 2012

EKSKLUSIF !!! KRISIS AIR SELANGOR !!! YANG MANA FAKTA DAN YANG MANA AUTA ??? WAJIB BACA !!!


waktu ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama (Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Cheras,Kajang dan Balakong.Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada 1971.Ia direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari.Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari.Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna saban hari.

Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada.Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman.Itu pun sekadar dua mesin yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.

Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak.Apabila mesin rosak,jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu.Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami.Ia boleh memakan masa antara 1-3 hari.Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya.Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru.Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru.Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan.

Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun.Sehingga ke hari ini ia belum dapat dibina kerana halangan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya.Sekiranya dibina sekarang,mungkin ianya akan siap pada 2016.Maknanya,ia sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada 2014.Berikut antara auta Kerajaan Negeri Selangor setiap kali Kerajaan Pusat menjelaskan fakta akan risikonya jika Projek Langat 2 tergendala dan tidak disegerakan:

1. Auta : Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014.

Fakta : Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM301 juta untuk mengelakkan masalah air.Persetujuan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.

2. Auta : Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.

Fakta : Kerajaan Negeri Selangor,sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Syabas yang telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

3. Auta : Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air,sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2

Fakta : Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.

4. Auta : Kalau tidak ada catuan air,maka tidak ada masalah air.

Fakta : SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

5. Auta : Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

Fakta: Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender.

6. Auta : Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi Syabas kerana Syabas tidak mampu urus bekalan air.

Fakta : Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana :

i). Kes mahkamah yang masih belum selesai.Kes tersebut difailkan oleh Syabas untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009.

ii). Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

7. Auta : Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum.

Fakta : Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air.Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan.

8. Auta : Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 dijalankan.

Fakta : Projek masih belum dimulakan, jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air akan naik. Tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

9. Auta : Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan Syabas 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH.

Fakta : Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk.

10. Auta : Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM8.65 bilion.

Fakta : Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor daripada 2 komponen iaitu :

(i) Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Kos RM3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan.

(ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kos RM4 bilion.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates