Social Icons

Pages

Wednesday, August 08, 2012

EKSKLUSIF !!! MASALAH AIR AKAN SELESAI APABILA BN KEMBALI MEMERINTAH KELANTAN !!! WAJIB BACA !!!


jom baca kisah ini dulu,lepas itu saya akan beritahu anda semua berkenaan air yang melanda kelantan

Masalah bekalan sejak 1 Ramadan punca warga tua jadi mangsa

Tumpat : Masalah air di Kelantan semakin meruncing apabila urusan pengebumian seorang warga tua dari Kampung Simpangan,di sini kelmarin,terganggu selepas tiada air untuk memandikan jenazah.Jenazah Che Yah Chik, 93,yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi akibat sakit tua di Hospital Tumpat,sepatutnya dimandikan sebaik dibawa pulang awal pagi berkenaan,namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi akibat tiada air.Cucu arwah,Mahadi Mokhtar,47,kesal kerana pihak bertanggung jawab,Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya kepada pengguna terutama pada waktu kecemasan seperti itu,malah masalah bekalan air sudah dihadapi penduduk sejak awal puasa.

Terpaksa tangguh kebumi

“Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek.Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi,namun disebabkan tiada air ketika itu,ia terpaksa ditangguhkan.Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu,barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki,” katanya.

Kecewa khidmat AKSB

Beliau yang lega selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Pak Yong,dekat sini,kira-kira jam 3.30 petang,kecewa dengan perkhidmatan disediakan AKSB sehingga menyusahkan penduduk melakukan pelbagai urusan termasuk memandikan jenazah.

“AKSB seharusnya sudah lama mengatasi isu bekalan air ini.Sepatutnya pada Ramadan ini,pengurusan syarikat itu harus peka dengan keperluan pengguna terutama dalam membuat persiapan berbuka puasa,” katanya. - BH

Jika bekalan air bersih asyik terputus-putus,bukan sahaja manusia yang masih hidup akan mengalami kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian malah hamba Allah yang baru meninggal dunia pun sukar untuk dimandikan jenazahnya.Ini yang terjadi di sebuah daerah di Kelantan gara-gara ketiadaan bekalan air bersih akhirnya jenazah seorang nenek tua terbiar lama tidak dapat dimandikan.Mujurlah selepas berkali-kali aduan dibuat akhirnya barulah sebuah lori tangki Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) datang membawa air bersih untuk menyelesaikan urusan wajib yang tertangguh berjam-jam lamanya.Satu kejadian di atas hanyalah secebis kisah dari beribu-ribu kesempitan hidup yang terpaksa dialami rakyat Kelantan khususnya di kawasan luar bandar berikutan hampir 40% kawasan lagi masih mengalami masalah bekalan air bersih yang seringkali terganggu.

Di Kelantan sekarang,isu bekalan air bersih lebih mendapat sambutan rakyat berbanding isu royalti minyak yang sedang heboh di propagandakan oleh kerajaan negeri.Tapi di pihak kerajaan negeri pula mereka memandang remeh isu air sebaliknya lebih gemar mensensasikan isu royalti minyak sekalipun tahu dari segi perundangan tidak mungkin akan berpihak pada kerajaan negeri.Suka atau tidak,rakyat Kelantan terpaksa menerima hakikat selagi negeri tersebut terus diperintah oleh PAS,paling cepat pun untuk melihat isu bekalan air bersih selesai ialah menunggu lagi 15 atau 16 tahun akan datang.Ini pengakuan pemimpin PAS sendiri yang meminta rakyatnya terus bersabar dengan masalah air yang dihadapi untuk selama berbelas tahun dimasa yang sama rakyat diminta terus meyakini kepimpinan PAS atas nama demi Islam.

Bagi segelintir rakyat Kelantan yang sudah sekian lama menyokong PAS tentu sahaja permintaan sedemikian akan dituruti tanpa bantahan kerana resam penyokong PAS biasanya angguk-angguk,geleng-geleng tanpa menggunakan kurniaan akal yang Allah s.w.t berikan.Namun bagi sebahagian besar rakyat Kelantan yang lain,mereka tahu jika diharapkan pada akal sejemput yang dimiliki oleh pemimpin PAS sampai bila-bila pun masalah air belum tentu dapat diselesaikan.Lantaran itu apabila mengetahui Datuk Seri Najib akan tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk lawatan ke negeri ini kelmarin,mereka beramai-ramai menunggu untuk menyambut kedatangan PM sambil membawa bersama memorandum meminta Kerajaan BN campurtangan menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan.Ini jelas menunjukkan tahap kesedaran semakin melebar luas dikalangan ramai rakyat Kelantan dan besarnya keyakinan mereka terhadap kemampuan pemimpin BN khususnya dalam mendepani cabaran dan permasalahan.Jika keyakinan ini berterusan,tak mustahil PRU 13 kelak akan menyaksikan kerajaan negeri berpindah tangan kepada BN sekaligus membuka ruang ke arah penyelesaian jangka masa panjang seterusnya membantu mengakhiri masalah bekalan air di Kelantan.Insya ALLAH...

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates