Social Icons

Pages

Tuesday, August 21, 2012

EKSKLUSIF !!! PENINDASAN KE ATAS MASYARAKAT ROHINGNYA MYANMAR PERLU DIHENTIKAN SEGERA !!!



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah kami ucapkan kepada warga belia Malaysia khususnya di Selangor.Sambutan lebaran pada kali ini dapat dirasakan begitu meriah sekali untuk semua peringkat masyarakat.Alhamdulillah perayaan besar negara kita ini dapat disambut dengan keadaan aman dan damai,tidak seperti masyarakat Rohingnya di Myanmar.Kami belia Selangor ingin menyatakan kerisauan,kesedihan dan keresahan ke atas apa yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingnya di barat Rakhine Myanmar.Keganasan dan penindasan keatas mereka dapat dilihat begitu kejam dan memilukan.Dalam suasana umat Islam dunia merayakan 1 Syawal dengan gembira,mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan hidup dalam ketakutan.

Kami khuatir ada pihak yang mahu melakukan “ethnic cleansing” atau pembersihan kaum yang disebabkan oleh perbezaan pandangan agama. Sejarah memberi tahu kita sejak dari akhirnya pemerintahan British,isu status warga Rohingnya di Myanmar ini masih menjadi persoalan sekian lama. Mereka seperti orang pelarian di negara sendiri.Kami mendesak kerajaan Malaysia bersama negara jiran menerusi pertubuhan ASEAN memainkan peranan bagi memastikan keadaan di Rakhine terkawal dan Selamat.Pertubuhan United Nation (UN) sepatutnya mengambil initiative awal dan pantas bagi memastikan tindakan pengawalan dan keamanan dapat dipantau.Kami tidak mahu apa yang terjadi di Bosnia dan Rwanda berulang sekali lagi di mana sejumlah ramai masyarakat terkorban disebabkan oleh perbezaan sekte kaum dan ugama.Kami juga menyeru sumbangan kemanusiaan diberikan kepada mereka dari segimakanan, tempat perlindungan, perubatan dan keselamatan dapat disalurkan dengan kadar segera sebelum ramai lagi masyarakat Rohingya terkorban.

Terima Kasih.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Majlis Belia Selangor

No comments:

 
 
Blogger Templates