Social Icons

Pages

Wednesday, August 15, 2012

EKSKLUSIF !!! PM @NAJIBRAZAK DAN NASARUDDIN !!! SEKEPING GAMBAR SEJUTA MAKNA !!!



Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasaruddin Mat Isa semalam dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly,Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Datuk Seri Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai semalam.Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini,adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Nasaruddin sebelum ini memang dilihat sebagai tokoh Pas yang ‘pro-UMNO’ apatah lagi bila cuba membawa idea ‘perpaduan’ dengan parti berkenaan.Namun,awal-awal lagi beliau telah ‘dibunuh’ oleh pemimpin Pas lain yang tidak senang dengan pembawakannya,hasilnya beliau gagal dalam pertandingan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 tahun lalu.Mungkinkah di saat kita dikejutkan dengan tindakan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah meninggalkan parti itu,kita akan dikejutkan pula dengan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menyertai BN ??? Apatah lagi menurut sumber Mynewshub.my,Nasaruddin akan mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam UMNO sebaik saja pulang dari tanah suci nanti.Kalau betul,tak banyak sikit pun ia PASTI akan mewarnakan lanskap politik tanah air.Sementara itu,menurut laporan Bernama,tokoh-tokoh ulama berkenaan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Datuk Seri Najib memberitahu wartawan Malaysia ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Sejuk sangat mata aku melihat gambar ni..inilah dikatakan rahmat disebalik keberkatan Ramadan...

Anonymous said...

Mudah2an pertautan persahabatan dikota Mekah akan membawa keberkatan untuk Umat Melayu/Islam serta seluruh raayat Malaysia yang amat mencintai keaamanan dan kestanilan!AMINNNNN

Anonymous said...

kalau la semua ahli pas dan umno dari pemimpin sampai ke ahli biasa macam ustaz nasa dan dato seri najib lakukan itu.. aku rasa dah lama islam serta melayu menjadi kuasa islam yg dikagumi negara2 islam dan negara2 barat seluruh dunia..

ark said...

Syukur Alhamdulillah... Demi Islam seharusnya melayu bersatu. Kekuatan Agama Islam di negara kita perlu kpd penyatuan bangsa melayu. Pemimpin2 PAS seharusnya memikirkan ke arah pembangunan ummah, mengikut peredaran zaman tanpa melencong daripada tuntutan Agama.

Cheguman said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

untuk ahli2 pas yang lain renungkanlah...kebaikanya tetap ada.

 
 
Blogger Templates