hukum berubah mengikut keadaan dan waktu semata-mata rentak politik yang berpusing 360 darjah malahan dakwaan Pas Kelantan bahawa asasnya adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam tetapi dibenarkan dalam usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kelak merupakan politik malang yang dihadapi pemimpin dan pengikut parti umat Islam - Melayu dewasa ini.Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan,Datuk Mohamad Daud menegaskan bahawa situasi dalam negara dengan dasar kerajaan Persekutuan yang bercanggah dengan tuntutan ajaran agama terutama UMNO dan BN menolak perjuangan Islam terutama hukum hudud,rasuah,salah guna kuasa selain banyak kemungkaran dan segala macam kepincangan pemerintahan mewajarkan menolak dengan apa-apa cara terutama melalui undi pilihan raya.Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu menambah bahawa pakatan pembangkang menjadi ejen dan badan pakatan kukuh untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mempunyai banyak komponen yang menolak perjuangan Islam yang didokong oleh Pas.Pas hanya badan politik yang kapasiti kecil dan memerlukan sokongan pakatan pembangkang.Oleh sebab DAP anggota dalam pakatan itu maka mengundi DAP cara mendapat undi bagi menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN.
Pandangan beliau adalah rentetan fahaman pemimpin tertinggi Pas,iaitu Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta pengundi tidak gentar mengundi DAP kelak.Meskipun Karpal Singh,iaitu tokoh tertinggi parti DAP menegaskan langkah mayatnya dan selagi hayat akan menentang rencana penubuhan dan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.Namun pengasas Pondok Genting Tumpat Abdullah Sa'amah menyeru umat Islam-Melayu agar tidak mengikut rentak politik malang semata-mata kemaruk dan mabuk kuasa menuju ke Putrajaya.Beliau menegaskan bahawa haram dan berdosa untuk masyarakat Islam menyokong DAP yang secara nyata dan terang lagi bersuluh menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.Tambahan parti-parti yang menjalin kerjasama dengan DAP juga berdosa kerana sokongan atas strategi politik dalam pakatan pembangkang hanya memberi laluan kepada mereka menguasai negara melalui undi dalam pilihan raya kelak.Tuntutan DAP memaksa Pas menukar slogan negara kebajikan menjadi titik tolak ansur politik malang ketika perjuangan MCA dan MIC dalam BN berbeza dengan DAP sinonim kafir harbi, yakni membahayakan umat dan mengundang malapetaka kepada status umat Islam-Melayu.Ini kerana UMNO tonggak pemerintahan disertai anggota komponen yang dapat menjalin kerjasama dan tidak bermusuhan dengan falsafah dan ajaran Islam sebaliknya menerima cara pemerintahan Islam yang sederhana dan maju.
Kerjasama dan sokongan kepada puak kafir harbi hanya akan memenangkan mereka yang wajib ditolak terutama ideologi dan falsafah parti mereka yang tidak menerima Perlembagaan negara,menuntut sama taraf antara agama serta persamaan kos dan status pusat ibadat.Harapan Pas bergantung kepada pemimpin UMNO lompat parti menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila menang dalam pilihan raya sebagai mimpi Mat Jenin yang jatuh dari pangkal berpaut lalu terkubur kerana paksi perjuangan Pas adalah Islam dan hudud.Tetapi bukan itu agenda pakatan pembangkang malah DAP dan PKR tidak berminat langsung malah menentang habis-habisan dan tiada dalam Buku Jingga yang menjadi manifesto mereka.Meskipun sukar Pas menang dan membentuk kerajaan secara persendirian tanpa gabungan parti lain dalam masyarakat majmuk di negara kita tetapi kebencian meluat-luat terhadap UMNO kononnya Pas dikhianati UMNO ketika dalam kerajaan campuran dulu dapat dipersoalkan kerana perangai kebanyakan para pemimpinnya yang suka mengkritik tajam dan membabi buta seperti UMNO kafir,jahiliyah,asabiyah,nasionalis dan segala macam sifat buruk dan tiada keikhlasan dalam kepemimpinan.Mereka akur UMNO banyak membuat kerja kebajikan dalam pendidikan,ekonomi,pembangunan prasarana,undang-undang syariat,melahirkan modal insan dan teknokrat tetapi nafsu amarah menghalang cita-cita murni segelintir pemimpin untuk bermuzakarah mencari perdamaian sesama umat sebaliknya berkerjasama dengan parti DAP yang jelas menolak Islam bukan politik matang dalam konteks Melayu global.Sebenarnya Pas takut dituduh menjilat ludah sendiri dalam soal perpaduan kerana kepentingan politik mereka sanggup diperkuda dalam pakatan pembangkang biarpun terpaksa menukar slogan negara kebajikan dan menendang keluar parti sesiapa yang ingkar arahan parti termasuk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor , Datuk Dr. Hassan Ali yang dipecat secara mengaibkan dan di luar tatacara sebuah parti yang kononnya menjaga adab dan tertib kemasyarakatan.
Inilah realiti politik Pas yang amat malang bagi pengikut membabi buta sedangkan UMNO dalam konteks Barisan nasional adalah suatu entiti yang memerintah sejak 1957 tanpa mengabaikan nilai dan kemajuan umat Melayu Islam.Ambilan panduan dari peristiwa malang negara Islam seperti Syria,Mesir,Iraq,Libya,Bangladesh,Pakistan,Indonesia,SelatanThailand dan Filipina dan lain-lain yang mengalami krisis dalam pentadbiran negara,perebutan kuasa,perang saudara,kemiskinan,kebuluran,ditindas,dibunuh dan dirogol malah negara Arab juga terdapat anasir luar terserap melalui program dan acara ibadat seperti demonstrasi dan karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Oleh itu,umat Melayu-Islam perlu bersatu dan kembali mendalami ajaran Quran dan tafsiran dari hadis dan ulama silam yang tetap menjaga adab dan tertib kemasyarakatan demi memelihara kemuliaan agama dan kesejahteraan hidup.
Oleh Dr. Zulkeflee Yaacob
Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri,Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:
Post a Comment