Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS,Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan diGereja DUMC sebelum ini.Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO.
Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik.
Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
No comments:
Post a Comment