Social Icons

Pages

Friday, August 10, 2012

HOT NEWS !!! HARAM DAN BERDOSA UNDI DAN MENYOKONG DAP !!!



KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.Pengasas Pondok Geting,Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.Beliau berkata,agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),

Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13.Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

"Sebaliknya,DAP tidak mahu,mereka mahu hak samarata,tidak mahu tinggi rendah,tidak Mahu Islam tinggi,sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.

*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Dah tengok cerita panas hari ni? KLIK SINI

Anonymous said...

Bahaya Kalau PR memerintah.
Bukan saja menghapuskan Hak Istimewa Orang Melayu, tetapi juga menghapuskan Agama Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan.
Sebagaimana maklum perjumpaan Anwar dan Wan Azizah dengan Pastor Kristian tahun lepas untuk mendapat sokongan. Dan terbaru pengumuman Pastor yang menyeru umat Kristian di tanahair menyokong parti yang menyokong kebebasan beragama.

Jangan terkejut kalau mereka memerintah nanti. Kalau sekarang kita on TV radio ada rancangan Hal Ehwal Islam,soal jawab agama, program tanya ustaz dll. Nanti kalau mereka memerintah, kita on TV dan radio, akan ada rancangan agama lain yang menggunakan bahasa Melayu. Soal jawab Agama Kristain, Hindu, Buddha dll dalam bahasa melayu dll. Rancangan tanyalah Ustaz bertukar tanyalah paderi. Jangan tekejut nanti ada paderi, tok sami melayu pulak.

PKR tak kesah sebab mereka berfahaman liberal dan plural, bayangkanlah anak cucu kita nanti.

PAS macam mana pulak sanggup berkorban lagi... selain dari kalimah Allah

 
 
Blogger Templates