HOT NEWS !!! KERAJAAN PAS KEDAH BAKAL TUMBANG !!! WAJIB BACA !!!



Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya,pakatan haram pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.Ini kerana pakatan haram sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi,sedia akur dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka,tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya.Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13,bagaimana pakatan haram mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka ??? Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang,antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah. Menteri Besar Kedah,Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media,bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’.Oleh kerana personalitinya ini,beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua.Jika dikritik,beliau menafi.Jika disoal,beliau melenting.Akhirnya,satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.Akibat terlalu angkuh dan tidak peka,Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan.Pendek kata,beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa. Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO,tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.Malah,dalam banyak hal,PAS Pusat juga mengambil sikap ‘dingin’ terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka.

Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin ‘mengajar’ UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini,lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat.UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi,tidak pernah pun memangsakan rakyat.Namun,di bawah kerajaan ‘Islam’ PAS,rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari.Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik,melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri. Setelah 4 tahun berlalu,terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah,tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina,masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal. Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian.

Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu. Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.Seorang dua yang ‘professional’ di kalangan PAS Kedah pula,semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri.Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini. Justeru,isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam,PAS sudah pun ‘menerima’ kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.Apa yang lebih ‘menyakitkan hati’ PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan ‘mempersetankan’ apa saja teguran terhadapnya.Kini,satu persoalan yang tinggal ialah,apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah ??? Sesungguhnya,PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comments:

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyURL.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.