Social Icons

Pages

Saturday, August 18, 2012

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP HARUS BERUNDUR !!! RAKYAT DAH MENYAMPAH !!!


PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti,sepertimana yang beliau janjikan.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat,Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan,di pejabatnya di sini.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan,kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak,rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.

"Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2,Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.

"Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya.

Mengenai penyaluran air dari Pahang,Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.

# Dipetik dari Siasah

No comments:

 
 
Blogger Templates