Social Icons

Pages

Monday, August 20, 2012

HOT NEWS !!! LEBIH 20 RIBU PENGUNJUNG MEMBANJIRI RUMAH TERBUKA PM @NAJIBRAZAK !!!



Suasana sambutan Hari Raya tahun ini meriah apabila ribuan pengunjung membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri kabinet.Orang ramai mula beratur seawal 9 pagi untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Majlis rumah terbuka dijadual bermula 10.30 pagi dan berakhir pada 4 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta menteri kabinet.Setakat 1.30 tengah hari,lebih 20,000 pengunjung mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri dan isteri,serta menteri kabinet.Antara kenamaan yang hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.Najib kelihatan segak berbaju Melayu merah jambu gelap manakala Rosmah berbaju kurung warna jingga.Halaman Seri Perdana bertukar dan kelihatan seperti lautan rakyat apabila pelbagai lapisan masyarakat mengambil peluang untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu.

Terdapat juga diplomat, pemimpin politik kedua belah pihak, pelancong serta pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).Turut kelihatan bersalam dengan Najib dan menteri kabinet ialah pemenang pingat perak Sukan Olimpik London Datuk Lee Chong Wei dan penyanyi veteran Datuk DJ Dave.Pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah,kebanyakannya menu tempatan seperti sate,rendang,lemang,ketupat dan nasi himpit,serta menerima pek oleh-oleh manakala kanak-kanak diberi duit raya.Kira-Kira 112,000 pek oleh-oleh yang dibungkus khas disediakan untuk pengunjung sebagai tanda penghargaan.Pada 2 petang,Najib dijadual berada di pentas rakyat untuk memotong kek sempena Aidilfitri dan bertemu rakyat.Di luar Seri Perdana,lebih 20 khemah didirikan,lengkap dengan kerusi dan meja,bagi membolehkan pengunjung menikmati juadah sambil dihiburkan dengan persembahan artis tempatan.Najib turut memotong kek Aidilfitri dan Merdeka seberat 120kg di Pentas Rakyat,Seri Perdana dengan ditemani Rosmah,Muhyiddin,Dr Mahathir,Dr Siti Hasmah,Rais dan isteri Datin Seri Masnah Rais.Kek bermotifkan 1Malaysia itu disumbangkan oleh Kuzi Catering.Sambil mengibar Jalur Gemilang,Perdana Menteri kemudian bersama-sama orang ramai menyanyikan lagu Jalur Gemilang, 1Malaysia dan lagu ‘Aidilfitri’ yang dipopularkan oleh Sanisah Huri.Walaupun panas terik namun orang ramai termasuk pelancong asing tidak putus-putus mengunjungi majlis rumah terbuka itu. - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates