Social Icons

Pages

Tuesday, August 21, 2012

HOT NEWS !!! MAJORITI BELIA MENERIMA KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK !!!



Majoriti rakyat negara ini menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka,kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.Lebih membanggakan,katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan,keupayaan,prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.Katanya majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung,merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang,bahkan dari Negeri Sembilan,Melaka,Perak,Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

"Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam.Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib.Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia,Bapa Transformasi Negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Devamany berkata golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan,idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat di negara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka.Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui facebook,twitter,blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka," katanya. - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates