Social Icons

Pages

Wednesday, August 01, 2012

HUDUD PUNCA PR GAGAL KE PUTRAJAYA - KARPAL SINGH !!!


Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud.Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud.Namun,semakin PRU menghampiri,seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi ‘pejuang hudud’ dan Negara Islam.Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.Akhir-akhir ini,PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP.Parti ini digelar sebagai barua,balaci,kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP,hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam,seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir,PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja.Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu,masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS.Justeru itu,tidak dapat atau tidak putrajaya,PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan.Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata,PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.Sebenarnya,PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud.‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata.PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.Jika ada yang masih menyokong PAS,ia bukan kerana hudud,tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam.Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.Namun,sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Hudud ni Hukum Allah..tidak perlu dipolitikkan..telah termaktub dalam Al-Quran..

Anonymous said...

berbohong adalah sifat org munafik

 
 
Blogger Templates