Social Icons

Pages

Wednesday, August 29, 2012

KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR MENIPU RAKYAT TENTANG HARGA AIR !!! WAJIB BACA !!!



Sejak pakatan haram mengambil alih kerajaan Selangor,negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih,pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar,Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.Dalam hal bekalan air bersih misalnya,waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala,kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai,untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2,dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor.Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat.Tanpa persetujuan kerajaan negeri,tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu,sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina,langsung tiada kaitan antara satu sama lain.


Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu,itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat,sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang,Sungai Pelek,Bagan Lalang,Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2,malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates