Berkokok bagai si Jantan apabila PKR bercerita tentang kronisma dan nepotisma.Seperti mereka itu suci dan terpelihara dari perkara-perkara tersebut.Apa yang berlaku kepada Suhaimi sebelum ini menunjukkan,bagaimana wang rakyat Selangor digunakan untuk "proses menyelamatkan” kroninya yang didakwa di mahkamah kerana hasutan dan menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor Dan “penghalalan wang rakyat” ini dilakukan secara terang dan di depan mata rakyat,demi kroni. Lebih malang,punca kepada permasalahan ini bermula dari sifat kurang ajar dan tak kenang dek untung.Seronoknya menjadi kroni di Selangor,kerana apa juga perlakuan yang melanggar undang-undang akan disokong oleh kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.Sungguhpun sokongan itu tidak bersifat langsung seperti arahan untuk berbuat demikian,membiayai kos perbicaraan di mahkamah sudah cukup menceritakan pendirian Khalid Ibrahim.
Sekali lagi,PR membuktikan bahawa “matlamat menghalalkan cara” demi keuntungan politik memang dipraktikkan dengan jayanya.Waima ke tahap menghina kedaulatan undang-undang,itu tidak mengapa,kerana wang rakyat Selangor boleh digunakan untuk menampung kos guaman yang mahal.Bagaimanalah majlis peguam tidak gembira dengan PR,kerana stail pengurusan negeri yang “memberi bisnes” kepada mereka dalam kes-kes berat seperti ini,biasa mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit.Dengan cara ini juga,peguam-peguam PR dapat menikmati “sebahagian kek dari proses memfaraidkan harta rampasan perang”.Khalid Ibrahim sudah bersetuju untuk menyediakan dana bagi membiayai kos perbicaraan Rafizi Ramli, yang didakwa mencabuli Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dengan mendedahkan maklumat rahsia kepada umum.
Begitulah cara PR berpolitik,tiada istilah “playing by the rules” Dan itu pun mereka masih lagi bergelar pembangkang di Malaysia.Fikir-fikirkanlah sekiranya mereka pula mentadbir.Sekiranya anda pernah mendengar ceramah dari Ummi Hafilda,bagaimana beliau “dilayan” oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri,pasti anda dapat bayangkan maksud penulis Dan selepas ini,sudah tiba masanya untuk rakyat Selangor desak Khalid Ibrahim untuk membiayai semua kos perbicaraan rakyat Selangor yang didakwa di mahkamah.Takkan Suhaimi dan Rafizi sahaja yang dapat nikmat negeri berkebajikan? - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:
kalau bn ambil alih selangor nanti, bolehlah mintak balik wang berkenaan. buat masa ini catatkan saja masuk akaun, key, bro.
Post a Comment