Social Icons

Pages

Sunday, September 02, 2012

EKSKLUSIF !!! KENAPA NAK TUBUH ANTILOMPAT PARTI ??? SIAPA YANG MULAKAN DULU ??? TAKUT KER ???



SELEPAS tsunami politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008,negara menghadapi pelbagai pergolakan terutama sekali banyak pilihan raya kecil akibat wakil rakyat meninggal dunia serta aktiviti lompat parti oleh calon yang dipilih pengundi.Bagi rakyat biasa,kejadian lompat parti yang paling jelas di ingatan adalah janji Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan 'melompat' pada 16 September 2008.Namun,apa yang dijanjikan itu tidak berlaku.Sebaliknya,kerajaan negeri Perak yang dipegang tipis pakatan pembangkang pula yang jatuh apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka 'melompat' pada Februari 2009.Ini disusuli peristiwa menghina Sultan Perak,'pesta' sidang dewan di bawah pokok,rutin beramai-ramai meninggalkan sidang Dewan dan kecaman keras Pengerusi DAP,Karpal Singh sendiri terhadap Anwar.Taktik lompat parti itu terus memakan diri apabila seorang lagi ADUN meninggalkan DAP Perak tidak lama selepas itu sementara ramai lagi ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang beralih arah menjadi wakil rakyat Bebas yang 'ramah' kepada BN sepanjang 2010 dan 2011.Setelah seketika isu 'lompat katak' ini makin reda,timbul pula khabar dua Ahli Parlimen BN di Sabah meninggalkan parti dan Anwar sekali lagi dilaporkan mahu ke sana untuk 'membuat kejutan' lebih banyak 'lompatan' susulan kejadian tersebut.

Walaupun tiada bantahan nyata daripada sekutu beliau dalam Pas dan DAP ketika itu, secara tiba-tiba pula wujud usaha membentangkan undang-undang antilompat parti oleh DAP khususnya di Pulau Pinang.Nyata sekali masalah lompat parti ini berlaku di kedua-dua belah pihak tetapi nampaknya lebih menjejaskan pakatan pembangkang dan ditambah pula wakil rakyat tertentu yang dipecat oleh kepimpinan mereka sendiri.Majoritinya kekal sebagai Bebas tetapi hasil 'lompatan' itu telah melemahkan pakatan pembangkang serta menguatkan BN, dan mungkin pola peralihan kekuatan inilah yang mereka mahu hentikan agar tidak berlaku lagi selepas PRU13.Walaupun sebilangan rakyat melihat lompat parti dimulakan oleh Anwar selepas PRU 2008 dan partinya sendiri yang paling terjejas, rakan sekutunya mungkin telah nampak potensi kesan negatif aktiviti tersebut terhadap kem mereka secara keseluruhan kelak.DAP yang turut terpalit sama dengan aktiviti lompat parti itu dilihat cuba menggunakan sistem perundangan untuk menyekatnya daripada terus berleluasa walaupun Anwar sendiri dilihat masih beria-ia mengeksploitasi taktik tersebut.

Rakyat pula ada yang menentang, menyokong mahupun tidak peduli dengan aktiviti lompat parti ini tetapi tertanya-tanya sama ada undang-undang boleh mahupun berhak menyekat seorang wakil rakyat beralih arah.Ditambah pula kebimbangan jika pihak tertentu menyalahguna peruntukan undang-undang itu untuk membolehkan pihak lawan melompat menyokong mereka dan hanya menyekat wakil rakyat sendiri keluar menyokong pihak lawan.Sebuah blog untuk 'orang Utara' ada memetik sebuah laporan bersama beberapa peguam yang menyatakan undang-undang antilompat parti tidak berkesan walaupun diluluskan kerajaan negeri Pulau Pinang.Antara lain,peruntukan itu dikatakan bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992 yang menyatakan enakmen mengharamkan lompat parti adalah tidak berperlembagaan dan melanggar Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana menjejaskan hak untuk kebebasan berpersatuan.

Karpal yang dikatakan telah lama menentang politik lompat parti didakwa turut memperakui fakta tersebut bakal menjadi rintangan kepada undang-undang yang dicadangkan DAP itu.Jika meluluskan undang-undang sedemikian menyekat kebebasan peribadi dan melampaui batasan perundangan, mungkin lebih elok parti politik menumpukan usaha mereka mengelak mana-mana ahli,bukan sahaja wakil rakyat daripada meninggalkan parti.Wakil rakyat adalah status yang diberikan pengundi serta dipilih rakyat setempat. Adalah lebih baik jika parti-parti politik memilih calon yang baik dengan teliti sebelum pilihan raya daripada sibuk 'mengikat kaki mereka' selepas PRU13.

Oleh Nurul Anwar Karim

untuk lebih bersifat adil macam mana pulak kalau ada pencacai mereka yang ajak/beli pihak lain lompat join diorang ??? bapak segala katak seperti anwar pandikutti pernah dakwa 16 sept akan berlaku kejadian katak lompat beramai-ramai(sebaliknya auta lebey) dan jugak baru-baru ini ada beberapa ekor katak reject dah join pakatan haram !!! adakah katak-katak yang di 'beli' tu di kire telah melanggar undang-undang yang bakal di bentangkan nanti ??? muahaha..

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates