Pada hari Khamis 3 Julai 2008,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square,Tropicana di Petaling Jaya.Dalam sidang media ini, penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal (a.k.a P.Balasubramaniam) mendedahkan Akuan Bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008.
Antara lain,dalam Akuan Bersumpahnya itu dinyatakan :
Sekitar Jun atau Julai 2006,saya telah diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk tempoh 10 hari bagi mengawal keselamatannya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli,Jalan Ampang, antara jam 8:00 am sehingga 5:00 pm setiap hari bekerja, memandangkan dia seringkali diganggu oleh pihak ketiga.Pada 19.10.2006,saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Height untuk memulakan tugasan malam.Saya telah meletakkan kereta saya di luar seperti biasa.Saya terpandang sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning dengan tiga orang wanita di dalamnya,di mana salah seorang daripada mereka adalah Aminah (Altantuya – pen). Teksi berkenaan membuat pusingan U dan berhenti di hadapan rumah di mana ketiga-tiga wanita berkenaan menurunkan tingkap dan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada saya.Teksi kemudiannya berlalu.Lebih kurang 20 minit kemudian,teksi berkenaan muncul semula dengan Aminah seorang sahaja di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda,memaklumkan kepadanya, “Aminah ada di sini”. Saya menerima SMS dari Razak mengarahkan saya agar ‘melengah-lengahkannya sehingga orang saya sampai.’
Selepas bercakap dengan Aminah selama 15 minit,sebuah Proton Aeroback tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya mengenali wanita itu sebagai Lans Korporal Rohaniza dan kedua-dua lelaki berkenaan sebagai Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semuanya berpakaian awam.Azilah berjalan ke arah sementara kedua-dua orang yang lain duduk dalam kereta.Azilah bertanya saya sama wanita yang berbual bersama-sama saya itu adalah Aminah dan saya berkata, ‘Ya’.Azilah kemudiannya meninggalkan saya dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon mobilnya. Selepas 10 minit,sebuah lagi kenderaan,Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu,melintasi kami dengan perlahan.Tingkap sebelah pemandu telah diturunkan dan pemandu itu memerhatikan kami.Azilah kemudiannya memberitahu saya, mereka akan membawa Aminah.Saya menjelaskan kepada Aminah yang kesemua yang hadir itu hendak memberkas dan menahannya.Dua orang yang lian turut dari kereta Proton merah dan bertukar tempat duduk membuatkan Lans Korperal Rohaniza dan Aminah berada di belakang,manaka dua lelaki berada di hadapan.Mereka berlalu dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.Balasubramaniam dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan,dia telah diambil bekerja oleh Abdul Razak Baginda pada Jun atau Julai 2006.Manakala Didier Arnauld dalam laporannya pula,memberitahu Polis Kebangsaan Perancis bahawa semenjak tahun 2000 lagi, Balasubramaniam sudah menjadi salah seorang dalam pasukan Perimekar.
KLIK DI SINI
UNTUK KISAH SEBENAR BALA DAN RAZAK !!!
Jadi,bila sebenarnya Bala diambil bekerja oleh Razak? Dalam tahun 2000 atau pada tahun 2006?
Kita telah pun mengetahui peranan Bala pada tahun 2006 iaitu menyelesaikan ‘masalah’ Razak dengan Altantuya Shiiribu. Tetapi apakah peranan sebenar Bala semenjak tahun 2000 sebagai salah seorang ‘anggota pasukan’ Perimekar? Justeru, apakah Bala mula bekerja dengan Razak pada tahun 2006 sebagaimana yang didakwanya, atau pada tahun 2000 sepertimana dakwaan Polis Kebangsaan Perancis? Satu lagi teka-teki dalam kenyataan Bala ialah melibat Musa Safri. Bala berkata, “Selepas 10 minit,sebuah lagi kenderaan,Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu, melintasi kami dengan perlahan.Tingkap sebelah pemandu telah diturunkan dan pemandu itu memerhatikan kami.”

Bala tidak dapat mengenalpasti individu berkenaan dan dalam sidang medianya di London dua tahun kemudian,dia berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki tersebut, tetapi hanya baru mengetahui bahawa lelaki itu adalah Musa Safri apabila terlihat di kaca televisyen dengan nama dan gambarnya dipaparkan.Dengan kata lain,dia hanya baru mengetahui selepas beberapa tahun bahawa lelaki di dalam kereta Proton berwarna biru itu adalah Musa Safri, Pegawai Khas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.Bagaimanapun, dalam Akuan Bersumpahnya pada 1 Julai 2008, Bala berkata, “Saya telah menerima panggilan di telefon mobil saya daripada Musa Safri yang kemudian telah diserahkan kepada seorang Inspektor di Dang Wangi. Perbualan tersebut berlangsung selama 3 sehingga 4 minit di mana dia telah mengarahkan wanita tersebut beredar dan menemuinya keesokan harinya.”
Mari kita analisakan kenyataan Bala pada 1 Julai 2008 itu.
Pada 14 Oktober 2006, Bala telah menerima panggilan telefon menerusi telefon bimbitnya daripada seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Musa Safri. Ini bermakna Bala dan Musa Safri saling mengenali antara satu sama lain. Tetapi Bala berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki yang berada dalam Proton berwarna biru (insiden tersebut berlaku lima hari kemudian iaitu pada 19 Oktober 2006) dan hanya mengetahuinya secara kebetulan beberapa tahun kemudian menerusi kaca televisyen.Secara ringkas,dalam Akuan Bersumpah itu, Bala berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki di dalam Proton berwarna biru. Padahal lima hari sebelumnya, dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Musa Safri. Empat tahun kemudian, dia berkata, Musa Safri adalah lelaki di dalam Proton berwarna biru.Berdasarkan kenyataan Bala dalam Akuan Bersumpahnya dan laporan Polis Kebangsaan Perancis, Bala tidak sahaja bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ditugaskan untuk mengawasi Altantuya. Bala sudah pun mempunyai kaitan dengan Razak enam tahun sebelum itu dan Bala mengakui, pada malam Altantuya dibunuh, tugasnya adalah untuk memastikan Altantuya ditemani sehingga beberapa orang individu lain muncul untuk mengambilnya.
Betapa naifnya Balasubramaniam dalam kes pembunuhan Altantuya.Bahkan dia sebenarnya merupakan key-player dan tidak sekadar seorang penyiasat persendirian ‘bebas’.Adakah Bala ‘terkejut’ dengan pembunuhan Altantuya atau dia sebenarnya merupakan salah seorang yang memastikan pembunuhan Altantuya berlaku?
Bala berkata,dia telah memberitahu Altantuya yang individu-individu yang disebutnya itu hendak memberkas dan menahannya.Tetapi Bala juga berkata, yang mereka akan ‘membawanya pergi’, bukan menahannya. Bala tahu, itu bukanlah prosedur normal yang digunakan oleh polis ketika melakukan penahanan.P.Balasubramaniam adalah seorang bekas anggota polis. Oleh kerana itu, amat mustahil yang dia tidak mengetahui pegawai-pegawai polis yang datang untuk membawa Altantuya pergi tidak dalam berpakaian seragam, off-duty, ditambah pula mereka menggunakan kereta persendirian dan tidak menggunakan kenderaan yang melambangkan kenderaan polis rasmi?
Jadi,amatlah mustahil Bala tidak mengetahui dan menjangkakan, sama ada kehadiran mereka di situ untuk menangkap atau melakukan sesuatu yang lebih daripada sekadar tangkapan terhadap Altantuya? Dan mengapa perlu diselindungkan identiti Musa Safri, orang yang Bala sudah pun kenal dan yang telah menghubunginya lima hari sebelumnya ketika dia berada di Balai Polis Dang Wangi?

Berdasarkan kepada kenyataan berulangkali Balasubramaniam, kita akan dapat mengesan peranannya yang lebih besar berbanding apa yang didakwanya. Dan menurut Polis Kebangsaan Perancis, mereka berkata, testimoni Bala di Paris tidak boleh dipercayai dan bertentangan dengan apa yang telah ditemui oleh Polis Perancis. Polis Perancis tidak dapat menerima dakwaan Balasubramaniam bahawa dia tidak terlibat dan bersalah sebagaimana yang cuba ditekannya.Bagaimanapun, siasatan Perancis bertumpu kepada aspek-aspek rasuah dalam kontrak kapal selam dan bukannya pembunuhan Altantuya.Sekaligus,peranan sebenar Balasubramaniam dalam pembunuhan Altantuya tidak dilanjutkan dan diterangkan secara terperinci menerusi laporan mereka.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment