Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau tidak boleh dan mampu melunaskan janji-janji dalam manifesto PKR dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.Pengerusinya,Datuk Sohaimi Shahadan berkata,beliau terperanjat dengan kenyataan Menteri Besar baru-baru ini bahawa manifesto air percuma PRU 12 yang lalu bukan satu perjanjian.
“Jadi kita nak desak Menteri Besar kalau dia tak boleh tunaikan manifesto parti yang beliau wakili, letak jawatan.Beliau boleh letak jawatan dan bagi tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang yang boleh menunaikan manifesto yang dijanjikan PKR dalam PRU 2008.Dalam hal ini kita tak cerita dalam banyak hal yang ada dalam manifesto, tetapi kita bercakap dalam satu soal sahaja iaitu air percuma kepada rakyat negeri Selangor yang layak,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman menuntut air percuma oleh penduduk Pangsapuri Vista Lavender Semalam.
Tambahnya,penduduk Lavender Vista berdemostrasi haru ini adakah untuk menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma seperti yang tercatat dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
“Jadi di Vista Lavender ini ada lapan blok, semuanya ada 1970 unit rumah yang mewakili beribu-ribu penduduk di sini yang tidak pernah mendapat air percuma sejak 2008,mereka juga layak mendapat air percuma ini.
Apa yang mereka tuntut dari kerajaan negeri jelas.Pertamanya,air percuma secara serta merta dan keduanya,kerajaan negeri bayar RM11.40 kepada setiap individu di kawasan ini bermula dari tahun 2008.Ketiga,kita nak ingatkan kerajaan negeri agat tidak menjadikan alasan meter pukal sebagai helah.Jangan momok-momokkan pemikiran rakyat, jangan tipu dan kelentong rakyat,” ujarnya.
Tambahnya,jangan jadikan alasan meter pukal untuk tidak memberi air percuma kerana dalam manifesto mereka tidak pernah menyatakan meter pukal dan sebagainya untuk diberikan air percuma.
“Rakyat di sini bangkit atas kesedaran.Kami di GPRS menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka kalau mereka mahu membuat tuntutan di mahkamah kerana kita sedar sebagai rakyat negeri Selangor yang prihatin,pelaksanakan dalam manifesto mesti dibuat bila kerajaan negeri ditadbir atau menang,manisfesto juga perlu diselaraskan di negeri Selangor tanpa pilih kasih.Rakyat juga boleh melayari blog www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka selain menyalurkan maklumat. Saya harap agar seluruh rakyat Selangor yang belum dapat air percuma ini agar bersama-sama bersatu dengan rakan-rakan kita di Lavender Vista supaya bangkit menuntut hak kita,” ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment