Social Icons

Pages

Tuesday, September 04, 2012

HOT NEWS !!! CERITA SEBENAR KHALID GAGAP TAK UNDANG SULTAN TERBONGKAR !!! ADA UDANG SEBALIK BATU !!!



Di kalangan penggerak dan penyokong PKR di Selangor sendiri rasa kurang senang dengan tindakan Pejabat MB yang gemar mewujudkan jurang antara Istana dan Kerajaan Negeri. Memang dalam kes tertentu, Khalid lebih banyak menyalah SUK. Namun, di kalangan orang PKR sendiri maklum bahawa hubungan Istana Selangor dan Pejabat MB berada di tahapnya yang paling rendah dan meresahkan.Di kalangan Ketua Cabang,ada yang merungut bahawa situasi ini tidak menguntungkan PKR dalam jangka masa panjang. Sangat membahayakan. Mereka selalu mengingatkan pimpinan PKR Selangor bahawa peranan dan kedudukan Sultan masih lagi mampu menjadi faktor penentu dalam suasana politik sukar.Kalau Kerajaan Negeri Selangor terus mengambil sikap kurang ajar,mengenepikan kepentingan Tuanku – jangan harap Istana akan memberikan muka kepada pimpinan Negeri satu masa nanti.

Keretakan hubungan Pejabat MB dan Istana ini bukan lagi omong kosong.Semua orang tahu.Khususnya di Istana dan SUK.Semua orang maklum bahawa hubungan ini jadi begini kerana status Penasihat Ekonomi yang hampir diletakkan setara dengan kedudukan Sultan. Kalangan kerabat dan petugas Istana juga tak senang dengan keadaan yang akan banyak merencatkan hubungan kerajaan Negeri dan Istana.Khalid memang tak pernah nak jaga hati Duli Tuanku.Ikut sedap rasa,Khalid pun khabarnya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat kepada beberapa pemimpin strategik DAP dalam masa yang akan datang.Kit Siang antara nama yang pernah dicadangkan untuk menerima Darjah Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) Kelas Pertama.

Sebab itulah,kita dengar suara-suara DAP untuk membenarkan pemimpin mereka mendapatkan pingat Duli Tuanku.Kata ADUN Sekinchan :

Masanya sudah tiba bagi pemimpin DAP terutamanya di Selangor yang kini mungkin telah banyak berjasa kepada rakyat selepas menerajui kerajaan negeri untuk menerima anugerah dari istana,kata Ng.

“Saya yakin sudah sampai masa kita kena terima.Sebab mungkin dulu,alasan kita,kita belum ada jasa, belum berbakti.Jadi sudah sampai masa kemimpinan kita kena rujuk semula,hitung semula, kaji semula untuk terima satu persatu,bukan semua.Ini akan memperkukuhkan sokongan DAP di masyarakat Melayu dan membaiki imej DAP di khalayak orang Melayu,” kata Ng dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini dalam bulan Ramadan yang lalu.

Takkan SOSIALIS seperti DAP nak pakai Bintang kebesaran kot? Tak kena.Tapi pada Khalid Ibrahim, kalau dia mampu memberikan PINGAT kepada pemimpin DAP – kedudukannya sebagai MB akan selamat dan secure. Kalaupun ada cubaan Azmin untuk topple – kalangan ADUN DAP akan sepakat memberi sokongan kepada Khalid. - Gelagat Anwar

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates