Social Icons

Pages

Wednesday, September 12, 2012

HOT NEWS !!! CERITA SEBENAR NIK AZIZ DI MESYUARAT MAJLIS SYURA PAS TERBONGKAR !!!



Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari,Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.Sepanjang 20 minit itu,Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya,Datuk Haron Din.Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media,akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu,tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti,mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan.Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB,paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan,Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama,bangsa mahupun negeri sendiri.Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya.Gayanya tak lebih tak kurang,Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

9 comments:

Anonymous said...

Dia keluar awal....

Mungkinkah dia merasakan bahawa dia bukan lagi sesuai dipanggil 'ulamak'..?

Anonymous said...

rimo dah ilang taringgg....

belom mati pun lg Allah swt dah hina dia, skrg org da tak pedulikkan dia lg....

masa MB kelate digulingkan pada thn 1977, nik aziz la ketua pesuruhjaya pas kelate merangkap ketua dewan ulamak...

sampai dato asri terpelanting dikerjakan nik aziz...

bila ada peluang keemasan utk satukan umat islam, nik aziz peluk anwar liwat dgn rancangan gulingkan kjan islam agenda 916...

skrg Allah swt hina nik aziz yg pada satu masa dulu selipar pun org rembat buat berkat...

skrg sapa pun tak pedulik pada org yg tolak pendamaian dan tolak perpaduan..

besara la nik aziz oiii.... org da menyampahh... gi mintak maaf dgn tun mahathir dulu...








Anonymous said...

Dahlah Tuan Man, kau jaga suku sakat kau jgn yg ada sumbang muhram lagi jerlah

usin said...

punyalah jauh dari kb ke kl, duduk 20 minit jer!!! nk melancong jer ke tuan haji? takpun kalau dh tau tak sihat, tak payahla dtg, wakilkan kpd timbalan dah la. serupa jer keputusannya. kalau undi, tetap menang kumpulan ulamak, sbb ahli majlis syura adalah ulamak!!!

Anonymous said...

Betul.Syaitan bisu ni akan menerima penghinaan kerana berhati busuk.Orang Melayu dan Islam berpecah belah semuanya kerana tindak tanduknya.Boleh terima akal ke dia ini menghormati dan meyanjungi orang2 yang tidak bermoral dan yang mahu merampas hak orang Melayu.

Anonymous said...

Benar.Tidak ada belas kasihan terhadapmu orang tua nyanyuk kerana bermimpi dan berangan2.Kerana kebodohannya terlalu mudah Anwar mempengaruhinya sehingga parti Pas jadi kucar kacir.

Anonymous said...

Langkah Perpaduan orang Melayu sentiasa dicantas oleh orang tua ini kerana berfikiran sempit dan berdendam.Alhamdullillah Ustaz Nasha masih dilindungi Allah.Bye Bye Nik Aziz.Kau duduk diam2 dalam rumah dan ingat kembali tentang fatwa2 songsang yang kau keluarkan dan implikasinya terhadap kami dan anak cucu kami sehingga hari kiamat.

Anonymous said...

Penulis dan pengomen sama2 bodo. Cara menulis mcmlah diaorg berada dlm mesy tu.

Yg terbaik jauhkanlah diri sdra2 sekalian dari sifat yang Allah benci dan murka ni. Insaflah!

Anonymous said...

nik aziz = abdullah bin ubai

 
 
Blogger Templates