Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sudah lazim untuk kerajaan negeri pimpinan beliau tidak menjemput Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri,sebagaimana yang berlaku semalam.
“Memang tidak ada dalam program menjemput (Sultan).Memang biasa kita (kerajaan negeri) setiap tahun kita buat macam ini (tidak menjemput Sultan),” kata beliau yang kemudiannya enggan menjawab sebarang soalan lanjut mengenai isu itu lagi.
Kenyataan Khalid itu berlainan dengan kenyataan yang keluar daripada Istana Selangor.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor,Datuk Mohamad Munir Bani berkata sebagai pemimpin rasmi,baginda sepatutnya dimaklumkan mengenai aturcara rasmi kerajaan negeri menyambut Hari Kemerdekaan.
"Sehingga saat ini,pihak Istana Selangor tidak menerima jemputan daripada kerajaan negeri untuk majlis itu. Sambutan itu adalah anjuran rasmi kerajaan negeri...maka adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya," katanya.
Sultan Sharafuddin tengahari tadi berkenan menghadiri majlis tahlil serta bacaan Yassin sempena kemerdekaan negara sebelum solat Jumaat di Masjid Negeri.Sambutan Hari Kemerdekaan kerajaan Selangor di Shah Alam malam tadi hambar dengan hanya kira-kira 2,000 penyokong tegar Pakatan Rakyat yang hadir.Selain Khalid,turut hadir di majlis itu adalah pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden parti.
Tinjauan rambang AntaraPos mendapati rakat Selangor terkilan dengan tindakan kerajaan negeri meminggirkan Sultan Sharafuddin daripada majlis rasmi kerajaan negeri.Menurut pegawai bank, Hairi Mohamad Md Husin,25,kerajaan negeri sepatutnya menghormati insitusi Istana dan hak Sultan untuk dimaklumkan mengenai majlis-majlis rasmi.
“Bagi saya benda begini tidak sepatutnya berlaku kerana Sultan adalah pemerintah negeri yang kita sanjung dan sentiasa kita hormati. Program seperti Hari Merdeka ini setahun sekali dan satu sambutan yang sangat bermakna bagi negara kita," kata beliau.
"Kerajaan negeri memang sangat tak patut kalau meminggirkan Sultan dalam hal macam ini. Isu ini mungkin nampak remeh bagi kerajaan negeri tapi bagi kita sebagai warga Selangor,saya rasa ianya merupakan isu yang sangat sensitif terutamanya melibatkan hal-hal macam ini.Saya sangat-sangat tak setuju dengan tindakan kerajaan negeri sekarang kerana meminggirkan Sultan itu sesuatu yang tak patut dan kita boleh sebut juga kurang ajar sebenarnya,” tegas beliau.
Pensyarah,Mohammad Shukri Kamarudin,26,agak terkejut ketika membaca laporan akhbar mengatakan Sultan tidak dijemput menyertai acara Sambutan hari kemerdekaan itu.Berita itu kemudian disahkan oleh Khalid sendiri.Baginya,tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar dan beranggapan kemungkinan kerajaan negeri mempunyai agenda tersembunyi di sebalik tindakan tersebut.
“Saya agak terkejut sebab dia (kerajaan negeri) tak jemput Sultan untuk pergi ke majlis itu. Sepatutnya majlis sambutan kemerdekaan dibuat serentak satu negara tapi dia buat before (sebelum) sambutan nasional. Jadi mesti ada sesuatu di sebalik program itu. Saya rasa tak wajarlah mereka tak jemput Sultan. Mungkin dia ada agenda tersembunyi sebab apa dia buat begitu,” tegas beliau.
Ahmad Nasoha Anuar,26,pekerja swasta pula berpendapat Sultan sebagai payung negeri sepatutnya hadir ke majlis tersebut untuk meraikan hari yang dianggap bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia itu bersama-sama rakyat jelata.
“Saya rasa benda ini tak wajar sebab Sultan Selangor adalah payung bagi negeri Selangor. Sepatutnya baginda dijemput pada majlis malam tadi.Kita sebagai rakyat Selangor memerlukan Sultan Selangor dijemput untuk hadir dalam event (majlis) yang besar macam itu. Selain itu tindakan ini (tidak menjemput Sultan) menampakkan kerajaan negeri telah membelakangkan Sultan,” katanya.
Pendapat beliau ini turut disokong oleh Ahmad Safwan b Awang,22,Pekerja Swasta.Sultan sebagai ikon negeri Selangor katanya tidak seharusnya dipinggirkan daripada menyertai sambutan Hari Kemerdekaan yang penting bagi seluruh rakyat Malaysia.
“Pada pendapat saya tindakan kerajaan negeri tidak menjemput Sultan adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana Sultan ialah ikon bagi sebuah negeri,” katanya.
Tambah beliau,jika kerajaan negeri boleh menjemput pemimpin lain seperti Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai majlis tersebut,tidak ada sebab untuk membolehkan Sultan dipinggir daripada mnyertainya.
“Jadi majlis seperti Hari Kemerdekaan yang penting ini kita perlu jemput (Sultan) kerana ini bukanlah majlis yang biasa-biasa, ia majlis yang besar. Jadi kalau (kerajaan negeri) boleh menjemput orang-orang penting yang lain, kita mesti juga jemput Sultan.Pada saya apa yang dilakukan kerajaan negeri ini tidak wajar,” tegas beliau. - Antara Pos

1 comment:
Kalau tak kerana Sultan Selangor setuju bergabung dalam Malaysia maka Negeri Selangor adalah Negara Selangor.
Buktinya sejarah saja penting menunjukkan mengapa Sultan patut di jemput.
British tidak jumpa orang tepi jalan semasa mewujudkan Tanah Melayu. Persetujuan Raja Raja di minta. Sebab Sultan lah tuan tanah negeri.
Adalah simbolik yang lengkap untuk menjemput Sultan Selangor kerana Sultan lah salah satu puncanya kewujudan Negara Malaysia ini selain di pelupuri oleh Tunku Abd Rahman.
Kalau boleh rakyat masa itu sudah boleh mengenepikan institusi Raja Raja. Mengapa tak boleh?
Inilah perancangan PR. Mereka menentang apa saja yang ada dalam Rukunegara.
Post a Comment